Menu

Majlis Meraikan Kepulangan MAL-FPU Briged Tengah PGA

Cheras - 5 November 2009 - Majlis Meraikan Kepulangan Pegawai/Anggota MAL-FPU Briged Tengah PGA dari Misi PBB (UNMIT) Timor Leste telah berlangsung di Dataran Kawad, Briged Tengah PGA, Cheras.

Hadir di majlis tersebut ialah YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah 1 KDNKA, YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Pengarah PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan LTAB, Jabatan KDN/KA, YDH SAC II Dato' Rosli bin Mohd Nizam, Komander Briged Tengah PGA dan Pegawai-pegawai Pemerintah Batalion 4,5,6,19 PGA dan Batalion Khas KLIA.

Seramai 136 Pegawai dan Anggota Pasukan Formed Police Unit (MAL-FPU) yang diketuai oleh DSP Mohd Abduh bin Ismail, selamat menjalankan tugas di Timor Leste mulai 7 April 2009 hingga 30 Oktober 2009, selama 6 bulan 3 minggu.

Pasukan MAL-FPU (UNMIT) ini telah menjalankan tugas-tugas mereka dengan sempurna, berjaya dan berkesan sekali. Penugasan yang dijalankan ialah :-
- Kawalan keselamatan rumah Perdana Menteri Timor Leste
- Kawalan keselamatan bangunan Pejabat SPR Timor Leste
- Kawalan keselamatan kediaman Ketua Setiausaha Negara
- Kawalan saksi polis
- Tugas rondaan di Balai Polis Comoro
- Tugas pilihanraya Timor Leste.

Selain itu juga, pasukan ini telah mengadakan beberapa aktiviti sosial dengan msyarakat setempat seperti mengadakan lawatan kesihatan, menyertai gotong royong dan juga aktiviti sukan.

Dalam sejarah perkhidmatan FPU di negara Timor Leste sejak tahun 2006, ini lah julung kalinya misi ini telah menempa sejarah dan mengharumkan nama PDRM. Pada tanggal 27 Oktober 2009, dengan penuh penghormatan bagi pengiktirafan, Perdana Menteri Timor Leste, Kayrala Xanana Gusmao telah menganugerahkan Sijil Penghargaan dan juga Pingat Solidarity Timor Leste kepada Pegawai dan Anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia yang telah menamatkan misi mereka di negara Timor Leste.


YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah 1 KDNKA mengucapkan tahniah dan selamat pulang kepada DSP Mohd Abduh bin Ismail


Selamat Pulang...YDH SAC II Dato' Rosli bin Mohd Nizam, Komander Briged Tengah PGA bersalaman dengan C/Insp Mohd Yusof bin Hj. Tahir, Pegawai Gerakan dan Operasi Malaysia FPU ke Timor Leste


Sjn (T) Md Rosli bin Md Rejab yang bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Martek PDRM Timor Leste


Ucapan tahniah kepada C/Insp Aswandy bin Anis dari Batalion 6 PGA


YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin bertanya khabar kepada Sjn Muhamad Ridzuan bin Zahari dari Batalion 4 PGA


YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah 1 KDNKA menyematkan Pingat Solidarity Timor Leste kepada L/Kpl Felix Gadion


YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah 1 KDNKA menerima Jalur Gemilang dari DSP Mohd Abduh bin Ismail

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS