Ampang - 6 Ogos 2010. Bertempat di Padang Taman Putra Fasa 1, Ampang, Selangor, telah berlangsung Majlis Perasmian Bilik Gerakan Rukun Tetangga Fasa 1 dan Malam 1 Malaysia yang telah dilaksanakan dengan penuh gilang-gemilang.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor dan turut dihadiri juga YB Dato' Ong Tee Keat, Ahli Parlimen Pandan.
Majlis dimulakan dengan beberapa tarian yang mana kesemuanya telah diadun menjadi konsep 1 Malaysia yang bertepatan dengan tema program tersebut.
Program yang telah diatur kemas oleh Pengerusi Taman Putra , Encik John Ee, dibantu oleh Penasihat, Tuan Haji Siwok, telah mendatangkan hasil apabila kesemua meja berjaya dijual dan pendapatan daripada jualan tersebut akan dijadikan dana bagi memacu program-program yang akan datang.
Program yang berakhir jam lebih kurang 11.30 malam ini telah menyaksikan pelbagai kaum telah bersatu demi membantu institusi kepolisan membanteras jenayah. Bilik Gerakan yang dirasmikan tersebut bakal membawa Persatuan Penduduk Taman Putra lebih ke hadapan demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk di kawasan tersebut lebih terjamin. Syabas penduduk Taman Putra.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Supt. Amiruddin bin Jamaluddin beramah mesra dengan penduduk yang hadir.

Sumbangan kepada anak anggota yang kurang upaya, disampaikan oleh YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar bersama ACP Abdul Jalil bin Hassan dan disaksikan oleh Tuan Haji Siwok, Penasihat Program tersebut.

YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar menandatangani plak perasmian yang akan diletakkan di Bilik Gerakan Taman Putra.

En. John Ee, Pengerusi Persatuan Taman Putra, menyampaikan cenderahati kepada YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar sebagai tanda kenang-kenangan.

Bergambar Kenangan bersama YDH Ketua Polis Selangor dan YB Dato' Ong Tee Keat