Menu

Majlis Sekalung Tahniah Ops Jejak

Bukit Aman - 28 Oktober 2010. Pada malam yang bermakna ini, bertempat di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman,YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam 'Ops Jejak' Bil 1/2010.

Majlis Sekalung Tahniah Sempena Kejayaan Ops Jejak Bil 1/2010 ini juga turut dihadiri oleh YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas, YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH Timbalan-timbalan Pengarah serta Pegawai-pegawai Kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Encik N. Hithaya Jeevan, bekas Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, YBhg. Dr. Mohd Shah bin Mahmood, Pakar Perunding Kanan Forensik, Ketua Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, YBhg. Encik Qalam A'zad bin Rosle, Pegawai Kaji Bumi, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Yang SetiaEncik Mahadir bin Mohd Noh, Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.

Pasukan 'Task Force' Ops Jejak, ditubuhkan pada 6 September 2010, dengan diketuai oleh YDH DCP Dato' Hadi Ho bin Abdullah,Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) bersama-sama dengan Ketua Penolong Pengarah JSJ D9, D8 dari Bukit Aman, D9 dari IPK Kuala Lumpur dan Selangor.

Pasukan ini ditubuhkan berikutankes pembunuhan kejam jutawan kosmetik,Allahyarhamah Datuk Sosilawati dan tiga rakannya, iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, perunding kewangan CIMB Bank Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim.

Dengan proses penyiasatan yang terperinci, mengumpul bukti tanpa mengira waktu, dengan semangat yang tinggi dan bersungguh-sungguh serta di bawah selian pegawai-pegawai yang berpengalaman, komited dan berkaliber, telah membawa kepada penangkapan suspek termasuk suspek utama iaitu 2 orang peguam yang menjadidalang pembunuhan dan diikuti dengan beberapa tangkapan sehinggalah pada 13 Oktober 2010, 4 orang suspek telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kejayaan membongkar kes ini juga telah mempamerkan kewibawaan PDRM dengan dibantu oleh individu dan agensi lain dengan cemerlang, sehingga mendapat kepujian daripada YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan YB Dato' Seri Hishammuddin binTun Hussein, Menteri Dalam Negeri.

Semasa menyampaikan ucapan, YDH Ketua Polis Negara turut menyentuh Konsep4P, bermatlamat untuk menanamkan keyakinan kepada rakyat bahawa PDRM merupakan pelindung kepada masyarakat, melindungi orang ramai di bawah undang-undang yang ada supaya rakyat selamat tanpa mengira miskin, kaya, berpangkat atau tidak.

"Dalam melaksanakan Performance, pencapaian perlu dijadikan keutamaan untuk dicapai agar kepercayaan rakyat terhadap Pasukan Polis tidak terhakis, tidak kira kes besar atau kecil, ia perlu diselesaikan segera dengan mengutamakan kualiti dan prestasi yang tinggi"

"Jangan merasa selesa dengan apa yang ada dan harus bertindak segera serta tidak ketinggalan dengan perubahan yang berlaku hari ini" ujar beliau.

"KIta tidak mahu hanya perubahan dari segi fizikal semata-mata, sebaliknya dalaman juga perlu berubah agar kita dapat mengubah persepsi rakyat terhadap kita. Apa yang penting, semua pihak perlu menilai prsetasi kerjanya terlebih dahulu dan bukan melihat cara atau sifat semula jadi kerana kekuatan PDRM terletak di tangan semua pihak, termasuk masyarakat sendiri ", ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara.

Sebelum mengakhiri ucapan, YDH KetuaPolis Negara sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepadasemua pihak yang terlibat dari PDRM, khususnya kepada Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Forensik, Cawangan Khas, Trafik, Unit Udara, Pasukan Gerakan Marin, Polis Selangor dan Kuala Lumpur kerana melaksanakan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh dan penuh berdedikasi. Tidak ketinggalan juga agensi dan jabatan seperti Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kimia, Jabatan Mineral dan Geosains, Majlis Daerah Kuala Langat, Syabas dan pihak hospital, khususnya Unit Patologi.


YDH Ketua Polis Negara bersama tetamu yang diraikan di Majlis Sekalung Tahniah Sempena Kejayaan Ops Jejak Bil 1/2010..Yang SetiaEncik Mahadir bin Mohd Noh, Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (kiri) dan YBhg. Encik N. Hithaya Jeevan,mantan Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (tiga dari kiri)


dari kiri...YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YBhg. Dr. Mohd Shah bin Mahmood, Pakar Perunding Kanan Forensik, Ketua Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas dan YBhg. Encik Qalam A'zad bin Rosle, Pegawai Kaji Bumi, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia


Antara Pegawai-pegawai kanan PDRM yang turut hadir di Majlis Sekalung Tahniah


Semua jabatan yang terlibat diraikan pada malam itu...


Sekalung Tahniah daripada YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara...


Tepukan penghargaan kepada lain-lain agensi yang terlibat membantu PDRM


YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Encik N. Hithaya Jeevan,mantan Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia



YDH Ketua Polis Negara mengucapkan syabas kepada YDH SAC Dato' Isa bin Munir, Komander Pasukan Gerakan Marin


Beramah mesra sebelum meninggalkan majlis...


Antara pasukan PDRM yang terlibat didalam Ops Jejak Bil 1/2010


Anggota-anggota dari Makmal Forensik PDRM

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS