Cheras - 19 November 2010.
Dalam memenuhi ekspektasi masyarakat yang sentiasa mengharapkan sistem
keadilan jenayah dilaksanakan dengan sempurna, Jabatan Siasatan Jenayah
PDRM telah mengambil pendekatan dengan menerbitkan satu Manual S.O.P
Siasatan Kes-kes Jenayah Kekerasan iaitu bunuh, rogol, samun dan samun
bersenjata api serta mendatangkan cedera dengan tujuan untuk memantapkan
lagi kualiti penyiasatan Pegawai-pegawai Penyiasat. Manual S.O.P
Siasatan tersebut adalah hasil kerjasama oleh pegawai-pegawai Jabatan
Siasatan Jenayah Bukit Aman, Daerah dan Maktab PDRM Kuala Lumpur, yang
berpengalaman dan berkepakaran luas dalam siasatan kes-kes Jenayah
Kekerasan. Ianya merupakan salah satu daripada projek NKRA JSJ, iaitu
NKPI 3.1 "Standard Operating Manual For Violent Crime Cases" sebagaimana
yang dikehendaki oleh Jawatankuasa Pemandu NKRA.
Majlis Pelancaran Manual
S.O.P Siasatan, Portal C.I.D Update dan Makmal Latihan Pencegahan
Perjudian telah dirasmikan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,
Ketua Polis Negara di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala
Lumpur, Cheras pagi ini.
Hadir majlis ini
adalah YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara,
YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YBhg. Encik Eugene Teh Yee,
Pengarah NKRA Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Encik Idwan Ariff bin Dato'
Abdul Rahman dari Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan, YBhg.
Encik Kevin Sim Kia Ju, Executive Vice President- Resorts Operations
Genting Malaysia Berhad, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Pegawai-pegawai
Kementerian Kewangan serta wakil-wakil media.
Pada
8 September 2010, sejumlah 3,000 naskah Manual S.O.P Siasatan telah
dicetak dengan bajet sebanyak RM 150,000 untuk diagihkan kepada semua
AIO, IO, KBSJD, KJSJ dan Pegawai-pegawai JSJ yang berkaitan. Manual
tersebut penting bagi menjadikan seseorang Pegawai Penyiasat itu
mempunyai ilmu penyiasatan yang tinggi, cekap dan profesional serta
mengetahui dengan mendalam prosedur dan selok belok penyasatan sejajar
dengan peredaran dan perubahan masa.
Bagi
mengamalkan persekitaran 'paperless work', sebagai salah satu amalan
berjimat cermat, satu program komunikasi domestik JSJ yang dipanggil
Portal C.I.D Update yang menggunakan kemudahan sistem teknologi maklumat
PDRM telah dibangunkan.
Kewujudan
Portal C.I.D Update tentunya akan memberi kemudahan dalam pengedaran
laporan dan memantau perkembangan siasatan melalui 'kes update' dan
'sitrep'. Dalam pada itu, sistem ini juga akan memudahkan dan
mempercepatkan hebahan berita, laporan, aktiviti dan arahan-arahan
semasa. Penggunaan C.I.D Update ini juga adalah sebagai media hebahan
dan penguguman aktiviti JSJ melalui modul buletin, memantau pergerakan
dan penugasan pegawai, di samping bertindak sebagai sumber rujukan dan
perpustakaan kepada pegawai-pegawai JSJ.
Bagi
tujuan membanteras kegiatan perjudian di negara, PDRM melalui Jabatan
Siasatan Jenayah telah melakukan sebanyak 9,518 serbuan dengan tangkapan
seramai 5,736 orang dan merampas 44,190 buah komputer bagi tempoh 9
bulan pertama tahun 2010.
Ibarat kata 'to catch a thief, need to be a thief' PDRM
setiap tahun telah mengadakan Program Kursus Pakar Judi bagi
melengkapkan pengetahuan dan melatih pakar-pakar judi yang terdiri
daripada pegawai-pegawai PDRM. Sejak tahun 2000 hingga tahun 2009,
Maktab PDRM Kuala Lumpur telah melatih seramai 318 orang pegawai polis
menjadi pakar judi
Jabatan Logistik
telah memperuntukan sebanyak RM 198, 000 bagi mewujudkan Makmal Latihan
Pencegahan Perjudian. Peralatan dan kelengkapan perjudian telah
disumbangkan oleh Genting Malaysia Berhad yang bernilai RM 110, 000.
Ianya merangkumi sebuah meja dan peralatan Roulette, tiga meja
perjudian, empat mesin perjudian elektronik, chips latihan dan beberapa
peralatan perjudian yang lain.
"Adalah juga menjadi
harapan saya, dengan inisiatif dan tindakan proaktif yang telah
dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah ini akan mempercepatkan
segala tindakan mengikut lunas undang-undang dan seterusnya keadilan
kepada semua pihak dapat dicapai", YDH Ketua Polis Negara mengakhiri
ucapan beliau.
YDH IG Tan Sri Haji Ismail
bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama YDH DIG Datuk Hussin bin Haji
Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara semasa Majlis Pelancaran Manual
S.O.P Siasatan, Portal C.I.D Update dan Makmal Latihan Pencegahan
Perjudian di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur.

Antara Pegawai-pegawai kanan PDRM yang hadir...

Ucapan Aluan oleh YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah menyerahkan Buku Panduan Penyiasatan Jenayah kepada YDH Ketua Polis Negara

YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Encik Eugene Teh Yee, Pengarah NKRA, Jabatan Perdana Menteri.

Cenderahati kepada Encik Idwan Ariff bin Dato' Abdul Rahman dari Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan

YDH
Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Encik Kevin Sim Kia
Ju, Executive Vice President, Resorts Operations Genting Malaysia Berhad

YDH Ketua Polis Negara menerima cenderahati daripada Genting Malaysia Berhad
YDH Ketua Polis Negara mendatangani plak perasmian Makmal Latihan Pencegahan Perjudian

YDH
Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara mengenali permainan
'Baccarat' sambil diterangkan oleh Encik Kevin Sim Kia Ju.

Pontoon yang menyerupai permainan 'Black Jack...

Perjudian jenis 'Roulette' yang diminati ramai..

YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Siasatan/Perancangan JSJ juga adalah seorang pakar judi..