Kuala Lumpur - 4 Julai 2009. Pelancaran Program Community Policing Peringkat Kontinjen Kuala Lumpur dan Penubuhan Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah (Rakan Cop) daerah Sentul telah berlangsung di Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak Jaya hari ini.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Wira Mohd Sabtu bin Osman, Ketua Polis Kuala Lumpur. Majlis turut disaksikan oleh YDH SAC I dato; Abdul Samah bin Hj. Mat, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, En Zaman Rais, Pengerusi Community Policing, Perumahan Awam Desa Rejang dan ACP Zakaria Pagan, Ketua Polis Daerah Sentul.
Menurut YDH Ketua Polis Kuala Lumpur, program ini ditubuhkan bertujuan meningkatkan kerjasama masyarakat setempat dengan pihak polis dalam konsep pencegahan jenayah dan membentuk persekitaran hidup yang aman, selamat dan damai.
"Budaya dan semangat ini telah lama dipupuk dalam kehidupan seharian dan ianya perlu digerak dan diaktifkan semula agar ianya bukan sekadar bersifat sementara malah berterusan tanpa mengira masa dan keadaan. Selain itu, penubuhan Unit Sukarelawan juga penting sebagai catalyst dalam usaha untuk mendampingi masyarakat setempat supaya konsep Community Policing mencapai kejayaan dengan lebih berkesan" kata beliau lagi.
Pelbagai acara telah disusun seawal jam 7 pagi. Antaranya senaman poco-poco, gimik pelancaran oleh barisan pelakon Gerak Khas dan Akademi Polis, persembahan T Baton Pulapol Kuala Lumpur, demonstrasi mengesan dadah oleh Unit K9 PDRM, gerai-gerai pameran PDRM, gerai-gerai jualan makanan dan minuman serta barangan kesihatan serta penyampaian Surat Penghargaan kepada Ahli Community Policing.
Hadirin yang hadir juga telah dihiburkan oleh Kumpulan Ghazal Muzium PDRM dan persembahan City Cop, Kontinjen Kuala Lumpur.

Ketibaan rombongan YDH Ketua Polis Kuala Lumpur telah disambut dengan Tarian Singa

Gabungan pertunjukkan oleh Unit K9 serta pelakon-pelakon dari Gerak Khas dan Akademi Polis

YDH DCP Dato' Wira Mohd Sabtu bin Osman, Ketua Polis Kuala Lumpur bersama En Zaman Rais, Pengerusi Community Policing melancarkan Program Community Policing dan Unit Sukarelawan

YDH Ketua Polis Kuala Lumpur menyampaikan Surat Penghargaan kepada salah seorang Ahli Community Policing