Menu

Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah Dari PDRM Dalam Mewujudkan Sekolah Selamat

Serdang, 28 Januari 2011- Ketua Polis Daerah Serdang, Supt. Abdul Razak bin Elias berkata, polis adalah agensi penguatkuasa yang membantu pencapaian konsep sekolah selamat dengan mengatur dan menyusun pegawai perhubungan sekolah bagi menentukan keselamatan para pelajar dapat dijamin.

Sehubungan itu, pelantikan pegawai perhubungan sekolah dari PDRM berperanan penting dalam mencapai ojektif tersebut.

Berucap semasa Majlis Permuafakatan Polis Serdang Dengan Sekolah-sekolah Daerah Serdang, beliau menjelaskan melalui perlantikan ini, beberapa pendekatan akan diwujudkan.

Pegawai-pegawai ini akan membuat lawatan ke sekolah-sekolah yang dipertanggungjawabkan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Selain itu, mereka akan duduk semeja dan berbincang dengan pihak berkuasa sekolah seperti pengetua, penolong kanan, guru disiplin, kaunselor dan guru-guru berkenaan perlakuan pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

Tambah beliau lagi, pegawai-pegawai ini juga akan mewujudkan satu pelan kerjasama dengan pihak sekolah berkaitan pencegahan jenayah, dadah dan tingkah laku sosial.

Di akhir ucapannya, Supt Abdul Razak berpesan dengan pegawai-pegawai perhubungan sekolah tersebut supaya menggunakan 'metodologi' yang berkesan dengan mengambil aspek psikologi untuk medekati murid-murid, memberikan pendidikan dan kesedaran melalui nasihat, partisipasi dan cara memujuk.

Beliau juga mengalu-alukan inisiatif pelajar berhubung dengan PDRM melalui Facebook dan Laman Web Rasmi PDRM dalam mempertingkatkan pengetahuan mereka berkenaan keselamatan diri dan harta benda mereka.

Sementara itu, 31 pegawai PDRM yang dilantik tersebut akan dipertanggungjawabkan di sekolah-sekolah sekitar daerah Serdang.

Turut hadir di majlis tersebut, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, DSP Lam Chin Fei, Pengerusi Komuniti Policing Daerah Serdang yang juga mewakili ADUN Serdang, Encik Khalid bin Lambak, kakitangan-kakitangan PIBG sekolah serta jemputan-jemputan khas.


Antara tetamu dan jemputan yang hadir...


Ucapan oleh Ketua Polis Daerah Serdang, Supt. Abdul Razak bin Elias


Ucapan oleh Pengetua SMK Seri Serdang, Puan Hajjah Faizah bt Yusof.

 
Ketukan Gong oleh YBhg. Encik Khalid bin Lambak, Pengerusi 'Community Policing'  menandakan  perasmian majlis.


Penyerahan sijil perlantikan pegawai perhubungan sekolah kepada pegawai-pegawai kanan PDRM dan anggota.


Cenderahati disampaikan oleh KP Daerah Serdang kepada Encik Khalid bin Lambak, Pengerusi 'Community Policing'.


KP Daerah Serdang, Supt. Abdul Razak bin Elias sempat meluangkan masa bersama pelajar-pelajar sekolah.


Sesi temuramah bersama wartawan...


Lakonan oleh anggota polis dalam membenteras jenayah.


Antara pameran-pameran di majlis... 


Para pelajar tidak melepaskan peluang bergambar bersama helikopter PDRM.


Pertunjukan K-9 PDRM dalam operasi penyalahgunaan dadah.

Wartawan  : Konst. Irfan & Konst. Helmi
Jurufoto     : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim b S.Nor
Suntingan : F29 Siti Fatimah Abdul Manan

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS