Menu

Pencapaian Sepanjang 2010 - Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah

BUKIT AMAN - 22 DISEMBER 2010

Sepanjang tahun 2010, pencapaian Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dapat dinilai melalui jumlah serbuan, tangkapan dan tindakan undang-undang pencegahan bagi aktiviti perjudian, maksiat, gangsterisme dan penyeludupan manusia. Peningkatan operasi yang dijalankan seperti OP Dadu (tindakan ke atas perjudian), OP Noda( tindakan ke atas kegiatan maksiat), OP Cantas (pembanterasan aktiviti gangsterisme) dan OP Pintas (pembanterasan aktiviti pemerdagangan manusia) sepanjang tahun 2010 memberi impak yang positif melalui peningkatan hasil rampasan dan tangkapan yang dibuat.

Melalui sidang media yang diadakan di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman pagi ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin mengumumkan pencapaian Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah sepanjang tahun 2010. Berikut adalah perbandingan statistik pencapaian Bahagian D7, JSJ bagi tahun 2009 dan 2010:-

Operasi melibatkan kes perjudian

OP DADU

TAHUN

JUMLAH SERBUAN

2010

18,897

2009

16,071

 

Peningkatan jumlah serbuan sebanyak 15% atau 2,826, yang melibatkan tangkapan seramai 16,511orang dan jumlah rampasan mesin judi sebanyak 55,049 buah pada tahun 2010. Kegiatan perjudian terbahagi kepada beberapa kategori iaitu loteri awam haram,judi catit taruh haram, judi dalam bangunan, judi tempat bebas dan perjudian mesin komputer. Ketika Kejohanan Piala Dunia 2010 yang berlangsung pada Jun 2010 sahaja, sebanyak 279 serbuan telah dijalankan yang melibatkan pertaruhan purata sebanyak RM 1 bilion manakala nilai rampasan wang tunai sebanyak RM99,266.00.

Operasi melibatkan kes maksiat

OP NODA

TAHUN

JUMLAH SERBUAN

2010

16,940

2009

13,283

 

Peningkatan jumlah serbuan sebanyak 3,657 atau 28% yang melibatkan tangkapan seramai 10,825 orang wanita warganegara asing pada tahun 2010 berbanding 11,224 orang pada tahun 2009. Tangkapan terhadap wanita warganegara China mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 5,453 orang diikuti oleh warganegara Thailand, 1,597 orang dan warganegara Indonesia seramai 1,270 orang.

Operasi melibatkan aktiviti gangsterisme

Selain daripada operasi - operasi tersebut, Bahagian D7 juga telah menjalankan OP Cantas, iaitu operasi yang melibatkan aktiviti gangsterisme. Hasil daripada pembanterasan yang dibuat, peningkatan yang ketara dapat dilihat melalui tindakan penggeledahan dan pemeriksaan individu oleh pihak polis bagi menghapuskan kegiatan tersebut. Antara negeri yang dikenalpasti giat menjalankan aktiviti gangsterisme adalah Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Sarawak.

Operasi melibatkan permedagangan manusia

Bagi aktiviti pembanterasan sindiket pemerdagangan manusia atau OP Pintas, sebanyak 115 kes telah disiasat yang melibatkan seramai 857 mangsa berjaya diselamatkan,dan sebanyak 187 tangkapan telah dibuat dari Januari hingga November tahun 2010.

Cabaran 2011

Dengan pencapaian penurunan kadar jenayah pada tahun ini, PDRM menjadikan ia sebagai  penanda aras dan cabaran bagi tahun 2011 bagi pasukan khususnya Jabatan Siasatan Jenayah dalam memenuhi hasrat rakyat yang inginkan Malaysia sentiasa aman dan bebas jenayah.

Jabatan Siasatan Jenayah menetapkan fokus di dalam menghadapi cabaran bagi tahun 2011. Antara perkara yang akan dilaksanakan adalah seperti:-

  • Meningkatkan prestasidari sudut pencapaian NKRA - aspek-aspek tertentu diambil kira seperti penugasan pegawai/anggota di kawasan 'hot spot' serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
  • Meningkatkan kualiti penyiasatan berpandukan kepada penyiasatan forensik.
  • Keupayaan Pegawai Penyiasat dipertingkatkan dalam menjalankam penyiasatan terhadap kes-kes yang menarik perhatian.

Dengan penuh rasa bangga dan berbesar hati, YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak media kerana membantu pihak polis dalam memberi maklumat berhubung kes sindiket penjualan bayi baru-baru ini. Selain itu, peranan mesyarakat di dalam memberi kerjasama dan sokongan kepada PDRM begitu diharapkan kerana tanpa masyarakat tidak mungkin PDRM dapat mencapai objektif bagi mengurangkan kadar jenayah.


PengarahJabatan Siasatan Jenayah, YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin ketika mengumumkan pencapaian Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah sepanjang tahun 2010 di sidang media pagi ini.

Jurufoto    : L/Kpl Mohd Khaidzir bin Mahmad
Wartawan   : Insp Haslina binti Mohd Nor
Penyunting : C/Insp Norsuzila binti Kamaruldin

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS