Menu

Perasmian Balai Polis Travers, Brickfields, Kuala Lumpur

Brickfields - 6 Oktober 2010. Tinggal lima hari lagi YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil akan berkhidmat didalam Pasukan Polis Diraja Malaysia sebelum beliau bersara. Pada pagi yang bersejarah ini , YDH CP Dato' Koh Hong Sun telah meluangkan masa menyempurnakan Majlis Perasmian Balai Polis Travers, Brickfields, Kuala Lumpur.

YDH CP Dato' Koh Hong Sun pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Brickfields pada tahun 1998 hingga 2002. Maka pastinya YDH CP Dato' Koh Hong Sun mempunyai kenangan dan nostalgia tersendiri semasa bertugas di Brickfields pada ketika itu.

Hadir di Majlis Perasmian Balai Polis Travers ialah YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Lim Char Boo, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan 1), Pengubahan Wang Haram JSJK, YDH SAC Dato' Abdul Samah bin Haji Mat, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, ACP Lai Yong Heng, Penolong Pengarah Pengurusan (HEA), YDH ACP Wan Abdul Bari bin Wan Abdul Khalid, Ketua Polis Daerah Brickfields, Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Kuala Lumpur, Ketua-ketua Polis Daerah serta Pegawai-pegawai Kanan dan anggota PDRM.


Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), YBhg. Dato' Haris Onn bin Tun Hussein, Managing Director Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL), YBhg. Dato' George Joseph, Pengerusi Persatuan Penduduk Bangsar Baru, Ketua-ketua Jabatan Agensi Kerajaan serta wakil-wakil media.

Balai Polis Travers sebelum ini terletak di Jalan Travers Kuala Lumpur berhampiran dengan Muzium Negara dan bersebelahan dengan Bukit Persekutuan, telah mula dibuka pada 12 Disember 1956. Satelah beroperasi selama 54 tahun, pada hari ini Balai Polis Travers telah beralih ke lokasi baru yang terletak di No. 1, Jalan Selangor Off Jalan Travers, Kuala Lumpur di atas tapak tanah Lot 55, Seksyen 70, Jalan Selangor Off Jalan Travers, Kuala Lumpur.

Balai Polis Travers yang tersergam indah ini  mula beroperasi pada 20 Oktober 2009 dengan jumlah keanggotaan seramai 100 orang, diketuai oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Cif Inspektor, C/Insp Edmond Wong Meng Tian dan dibantu oleh (1) Sub Inspektor sebagai Timbalan Ketua Polis Balai, (1) Sarjan Mejor, (5) Sarjan, (11) Koperal, (27) Lans Koperal, (55) Konstabel dan (1) Konstabel Sokongan. Kawasan tanggungjawab pentadbiran balai adalah kira-kira 19.5 kilometer persegi dengan lebih kurang 368,324 orang penduduk kawasan yang meliputi 12 buah taman perumahan serta pusat-pusat perniagaan.

Sejajar dengan arus pembangunan masa kini dan keperluan semasa, pembinaan balai yang bercirikan kontemporari serta berkompetensi tinggi terutamanya kaunter pertanyaan dan jumlah anggota yang ramai, Balai Polis Travers ini akan memudahkan pihak Polis menyediakan perkhidmatan (delivery service) yang lebih berkesan, sekaligus membantu mewujudkan persekitaran selamat. Perkhidmatan atau servis kepada masyarakat akan dapat disediakan dengan lebih cemerlang, menepati objektif NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) dalam mengurangkan kadar jenayah.dijalankan agar penubuhan balai ini menjadi lebih relevan dengan penugasan polis di alaf baru.

"Saya berharap agar Balai Polis Travers ini akan menjadi tanda aras atau simbol permuafakatan bagi hubungan interaktif antara Polis, masyarakat dan pelbagai agensi kerajaan dalam tanggungjawab bersama ke arah usaha memerangi jenayah, sekaligus menepati ekspektif masyarakat masa kini", ucapan aluan oleh YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Ketua Polis Kuala Lumpur.

"Berikanlah perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan hayatilah pendekatan 4P dalam menentukan perkhidmatan yang diberikan mencapai matlamat yang diperlukan oleh pasukan", antara Ucapan Perasmian oleh YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.


Ketibaan YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil disambut dengan 'beg pipe', Unit Berkuda dan diiringi oleh anggota-anggota yang memakai uniform PDRM semasa dahulu.


YDH CP Dato' Koh Hong Sun memeriksa 'Guard Turn Out' di hadapan Balai Polis Travers


Barisan hadapan dari kanan...YBhg. Tan Sri Lee Lam Thye, YDH SAC Dato' Abdul Samah bin Haji Mat, YDH CP Dato' Koh Hong Sun, YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman dan YDH ACP Wan Abdul Bari bin Wan Abdul Khalid.


Ucapan Perasmian Balai Polis Travers oleh YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil


YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil menyampaikan cenderahati kepada YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Ketua Polis Kuala Lumpur


Menandatangani Buku Pelawat di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Travers


YDH ACP Wan Abdul Bari bin Wan Abdul Khalid, Ketua Polis Daerah Brickfields menyampaikan cenderahati kepada  YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil


 YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil bersama-sama C/Insp Edmond Wong Meng Tian, Ketua Balai Polis Travers dan anggota yang bertugas di Pejabat Pertanyaan.


'Selengkar Nostalgia' semasa menjadi Ketua Polis daerah Brickfields, sekitar tahun 1998 hingga 2002.


Bergambar kenangan bersama Ketua-ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah


Bersama pegawai dan anggota Balai Polis Travers


Bergambar kenangan bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil


Sempat beramah mesra dgn ASP Arshad bin Mat, yang pernah menjadi Ketua Polis Balai Travers sebelum meninggalkan majlis.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS