Menu

Perasmian Markas Briged Sarawak PGA

Kuching, 12 November 2009- Markas Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA), yang serba moden, dilengkapi dengan bangunan pentadbiran, rumah kediaman pegawai dan anggota, masjid, chapel, dewan serbaguna, dataran kawad serta kemudahan sukan seperti gimnasium dan padang bola telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin.

Dengan terbinanya Markas Briged Sarawak PGA yang dilengkapi dengan pelbagai prasana yang moden dan canggih itu, ianya sekaligus menaikan semangat kepada seluruh warganya untuk berkhidmat dengan lebih gigih serta dapat memberikan mutu perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.

"Saya amat berharap agar segala kemudahan yang disediakan akan dijaga dengan baik, di samping sentiasa mengutamakan penyelenggaraan mengikut yang dijadualkan. Amalan 'maintenance' yang berjadual akan memanjangkan hayat sesuatu kemudahan dan menggambarkan sifat sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang diperolehi", ujar YDH Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Ismail Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara ketika berucap di majlis yang bersejarah itu.

Markas Briged Sarawak PGA yang terletak di Batu Kawa Kuching itu dipimpin oleh SAC II Dato' Law Hong Soon, Komander Briged Sarawak PGA. Di bawah naungan Briged Sarawak PGA terdapat tiga Batalion iaitu Batalion 10 PGA, Batalion 11 PGA dan Batalion 12 PGA.

Pada majlis bersejarah itu, hadirin dipertontonkan dengan persembahan Seni Mempertahankan Diri (SMD), T-Baton, Unit PORU dan Water Cannon serta tarian perang oleh Tiger Platoon Briged Sarawak PGA.

Turut hadir ialah Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Kemudahan Awam, Sarawak,YDH Dato' Akhil Bulat, Pengarah Cawangan Khas PDRM, dan YDH Dato' Mohmad Salleh, Pesuruhjaya Polis Sarawak.


Ketibaan YDH Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Ismail Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, diiringi oleh YDH SAC II Dato' Law Hong Soon, Komander Briged Sarawak PGA (kiri) dan YDHDCP Dato' Mohmad Salleh, Pesuruhjaya Polis Sarawak.


Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Hj. Muhammad Salahuddin, diiringi oleh YDH Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Ismail Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara ke Pentas Utama.


Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Hj. Muhammad Salahuddin memeriksa barisan Kawalan Kehormat.


Tiger Platoon Briged Sarawak, membawa replica kunci gimik perasmian untuk diserahkan kepada Tuan Yang Terutama Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Hj. Muhammad Salahuddin.


Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Hj. Muhammad Salahuddin berkenan merasmikan Markas Briged Sarawak PGA


Persembahan PORU bersama Water Cannon menyuraikan sekumpulan perusuh jalanan


Tarian Perang oleh Tiger Platoon Briged Sarawak PGA


Bergambar kenangan bersama Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Hj. Muhammad Salahuddin di majlis yang bersejarah itu.


'1Malaysia'... Kumpulan Badan Kebudayaan Briged Sarawak PGA turut mengambil bahagian dengan persembahan kebudayaan.


Cenderamata tanda kenangan... YDH Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Ismail Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara mempersembahkan cenderamata kenangan kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Hj. Muhammad Salahuddin.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS