Menu

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman 16/07/2010

Bukit Aman - 15 Julai 2010. Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah berlangsung di perkarangan Kompleks 3, Bukit Aman pada pagi ini.

Majlis telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Haji Zul Hasnan Najib bin Baharudin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis Diraja Malaysia.

Hadir sama dimajlis tersebut ialah YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai kanan dan anggota serta kakitangan awam Bukit Aman.

Perhimpunan bulanan ini adalah untuk mengingatkan kepada semua peringkat pegawai dan anggota serta kakitangan awam yang bertugas di Bukit Aman agar terus komited di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia.

"Perkhidmatan yang kita berikan hendaklah dengan sempurna dan semesra yang mungkin sebagai sebuah badan penguatkuasaan undang-undang utama negara. Amalan berbudi bahasa dan nilai-nilai murni harus dipupuk di kalangan seluruh warga Polis Diraja Malaysia" antara amanat YDH Ketua Polis Negara, yang dibaca oleh YDH CP Dato' Haji Zul Hasnan Najib bin Baharudin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis Diraja Malaysia.

"Jika sekiranya warga PDRM inginkan institusi kepolisan ini terus bertapak megah dan kerjaya ini kekal relevan serta terbilang di dunia, ianya tidak memadai dengan hanya berbangga melalui kecemerlangan masa lampau".

"Keterbilangan PDRM itu akan muncul sekiranya warga PDRM menjadi warga yang berpekerti mulia, berbudi tinggi dan indah tutur bahasanya. Inilah yang perlu kita tonjol dan usahakan untuk meletakkan PDRM ini duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan agensi penguatkuasaan undang-undang lain" akhiri ucapan oleh YDH CP Dato' Haji Zul Hasnan Najib bin Baharudin.

Diperhimpunan ini juga, seramai empat orang pegawai dan empat orang anggota PDRM telah menerima Surat Penghargaan Ketua Polis Negara dan hadiah wang tunai kerana menolak rasuah yang diberikan oleh orang awam ketika menjalankan tugas.


Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.


Antara kakitangan awam yang turut hadir di Perhimpunan Bulanan


Pegawai Baris, ASP Lee Chong Peng mengiringi YDH Pengarah JSJN, memeriksa Kawalan Kehormatan.


Penolong Pegawai Baris, Inspektor Mohammad  Noorman bin Abdullah bersama Kawalan Kehormatan


Bacaan Doa Selamat dipimpin oleh Inspektor Mohamad Faiz bin Yusof


Lafaz Ikrar, 'Rukun Negara' dan 'Taat Setia' diketuai oleh DSP Ahmad Tarmizi bin Shaari


Surat Penghargaan daripada YDH Ketua Polis Negara dan hadiah wang tunai RM 1,000.00, didahului oleh C/Insp Md. Azhar bin Md. Naim.


Surat Penghargaan daripada YDH Ketua Polis Negara kepada Sjn Wong Soon Meng


Nyanyian lagu "Tegas, Adil dan Berhemah" dan " Polis Sedia Berkhidmat".


Penerima-penerima Surat Penghargaan daripada YDH Ketua Polis Negara dan hadiah wang tunai

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS