Menu

Sidang Media JSJN

Bukit Aman, 2 Mac 2011 - Tangkapan terhadap warga Afrika yang meningkat pada tahun ini sewajarnya diberi perhatian serius memandangkan tangkapan selama ini didominasi warga Iran.

Dalam sidang media JSJN yang dikendalikan oleh pengarahnya, YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim pada hari ini, JSJN akan menumpukan kepada peningkatan strategi dalam mengurangkan bekalan dan pemintaan terhadap kemasukan bekalan dadah ke negara ini.

Sehubungan itu, beliau mengulas tumpuan operasi tidak hanya tertumpu di lapangan-lapangan terbang sahaja malah pemantauan akan diadakan di perairan-perairan pintu masuk negara dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk memintas bekalan dadah masuk ke negara ini.

Dalam pada itu, statistik JSJN pada Januari dan Februari tahun ini mencatatkan tangkapan seramai 27,702 orang yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Daripada jumlah tersebut 910 daripadanya berkaitan dengan kegiatan peredaran dadah dan beliau turut menyentuh kejayaan JSJN baru-baru ini apabila mahkamah memutuskan untuk menyita 80% daripada harta rampasan dadah berjumlah RM24.5 juta.

Kejayaan ini turut diiringi dengan penumpasan sindiket dadah warganegara Iran di mana ia melibatkan tangkapan sebanyak 4 orang warganegara terbabit dan harta rampasan dianggarkan berjumlah RM3.31 juta.

Sehubungan itu, YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim menyeru bantuan orang ramai dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras kegiatan penyeludupan dadah ke negara ini.


YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik semasa sidang media..


Antara jemputan media yang hadir semasa sidang media..

Jurufoto    : Konst Raymond M.
Wartawan   : L/Kpl Lokmanul Hakim
Penyunting : F29 Siti Fatimah Abdul Manan
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS