Menu

Upacara Perbarisan Serah/Terima Tugas Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur

PULAPOL Kuala Lumpur - 2 Disember 2010.

Upacara Perbarisan Serah/Terima Tugas Komandan telah berlangsung di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, pagi ini. Seluruh warga PULAPOL berkumpul dan menyaksikan Perbarisan Serah/Terima Tugas Komandan ,YDH SAC Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh, Komandan PULAPOL.

Hadir di majlis tersebut ialah YDH Supt. Aris @ Arif bin Omar, Timbalan Komandan (Pentabdiran), YDH Supt. Zulkifli bin Che Wail, Timbalan Komandan (Latihan), Pegawai-pegawai Kanan Polis, Staf PULAPOL, Kakitangan awam, Pelatih Polis Bantuan dan wakil-wakil media.

Upacara rasmi pagi dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan oleh YDH Komandan PULAPOL diikuti dengan nyanyian 2 buah lagu 'Negaraku' dan 'Sangsaka Biru'. Selesai bacaan doa, Kawalan Kehormatan berjalan lalu (perlahan jalan dan cepat jalan) bersama-sama dengan cawangan pencaragam.

Seramai 135 orang termasuk Pegawai Kanan Polis, Staff PULAPOL dan Kakitangan Awam telah menerima sijil dan surat penghargaan oleh YDH Komandan PULAPOL. Upacara Perbarisan Serah/Terima Tugas Komandan diakhiri dengan nyanyian lagu 'Tegas, Adil dan Berhemah' dan 'Sedia Berkhidmat'.

Susuncara selanjutnya merupakan Majlis Serah Terima Tugas Komandan yang berlangsung di Dewan Pengaman Pusat Latihan Polis disaksikan oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman.

Di kesempatan ini, YDH Komandan PULAPOL mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga PULAPOL yang telah bersama-sama selama 3 tahun 7 bulan melakukan perubahan di dalam PULAPOL dari segi instratuktur bangunan dan keterampilan warga PULAPOL dan berkerjasama  sebagai satu keluarga.

Beliau amat berbangga dengan keterampilan yang ditunjukkan oleh anggota  dan pegawai sekaligus mengangkat PULAPOL sebagai sebuah Pusat Latihan Polis yang terbaik. Konsep latihan ' Titik Permulaan Kecemerlangan Pasukan Polis ' yang mengantikan ' Tiada Hari Tanpa Latihan ' menghuraikan perubahan yang bermula dari PULAPOL dimana ia suatu titik permulaan untuk mengubah pasukan polis Malaysia.

"Di dalam sebuah kapal harus mempunyai seorang kapten. Jika ada dua kapten yang memberikan arah kiri manakala seorang kanan, kapal itu tidak akan bergerak. Hanya ada satu kapten kapal dan satu arahan. Satu arahan adalah betul berbanding dua arahan daripada dua kapten. Saya berharap agar semua warga PULAPOL dapat bersama-sama membantu Komandan PULAPOL yang baru untuk meneruskan usaha membuat perubahan", YDH Komandan PULAPOL mengakhiri ucapan pagi ini.

YDH Supt. Aris @ Arif bin Omar, Timbalan Komandan (Pentabdiran) akan memangku jawatan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur.


YDH SAC Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh membalas tabik hormat dari Kawalan Kehormatan


YDH SAC Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh memeriksa Kawalan Kehormatan


Bacaan puisi oleh SM Razali bin Shaari dari Cawangan Pancaragam


YDH SAC Dato' Amar Singh menyampaikan Sijil Penghargaan kepada DSP Hj. Hassan bin A.Rahman, Ajutan PULAPOL Kuala Lumpur


SM Saad bin Zainol Abidin dari Latihan Luar juga menerima Sijil Penghargaan


Sub Inspektor Abd Rashid bin Amin dari Latihan Luar


Perbarisan berjalan lalu, didahului oleh Kawalan Kehormatan


YDH SAC Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh menyerahkan dokumen kepada YDHS upt. Aris @ Arif bin Omar, Timbalan Komandan (Pentabdiran) sambil disaksikan oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman.


Cenderahati kepada YDH SAC Dato' Amar Singh


Bergambar kenangan di Dewan Pengaman, PULAPOL Kuala Lumpur
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS