Menu

'Menjadi Lebih Baik Di Antara Yang Terbaik' - Perbarisan Tamat Latihan KPSL Siri 1/2011

Cheras, 2 November 2011 - Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Inspektor (KPSL) Siri 1/2011 ini merupakan julung kalinya dibuat dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda di bawah Skim Perkhidmatan Polis yang baru. Perubahan keperluan kelulusan akademik ini adalah sejajar dengan arus perubahan sosial semasa di mana taraf pendidikan umum masyarakat telah meningkat dengan ketara. Seramai 118 orang pelatih yang terdiri daripada 93 orang lelaki dan 25 perempuan telah mengikuti kursus ini dengan jayanya di Maktab Polis DiRaja Malaysia Kuala Lumpur, Cheras, Selangor.

Justeru itu, ekspektasi masyarakat terhadap polis yang semakin meningkat dan dilanda pelbagai cabaran baru ekoran dari kemajuan ICT dalam era globalisasi dunia sekarang, maka pegawai polis terpaksa berkhidmat dengan lebih gigih dan profesional lagi untuk menempuh cabaran-cabaran baru yang akan datang.

Oleh itu, kursus seperti ini bertujuan untuk menyediakan latihan asas kepada pegawai-pegawai Inspektor Percubaan yang telah dinaikkan pangkat secara lantikan dari kalangan Anggota Pangkat Rendah (APR). Ia juga merupakan satu program untuk transformasi seorang APR kepada Pegawai Kanan Polis. Transformasi ini juga amat drastik dan signifikan, ia bukan semata-mata di pangkat yang dipakai atas bahu, tetapi yang pentingnya adalah perubahan sikap, pemikiran dan tanggungjawab para peserta kursus itu sendiri mencorakkannya. 

Majlis tersebut menyaksikan Kawalan Kehormatan yang terdiri 2 pegawai dan 51 anggota daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Cheras  dan juga 118 Inspektor Percubaan yang membentuk tiga 'Detachment'. Dalam majlis tersebut 3 peserta terbaik telah mengambil tempat dalam setiap kategori iaitu Kategori Latihan Luar Terbaik, Akademik Terbaik dan Keseluruhan Terbaik.

Turut hadir di majlis tersebut, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Muhammad Wira Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah (Kepolisan dan Pencegahan Jenayah) Jabatan KDN/KA, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentabdiran), YDH SAC Dato' Paramasivam a/l Arunasalam, Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH SAC Dato' Dr. Chai Khin Chung, Pemangku Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Ketua-ketua Polis Negeri, Komandan-komandan Pusat Latihan PDRM, Pegawai-pegawai Kanan Polis, anggota-angota Polis, ahli-ahli keluarga pelatih serta wakil-wakil media.     
 

Ketibaan YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA.


YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid membalas tabik hormat.


Kawalan Kehormatan dan 'detachment' di padang kawad.


YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid membuat pemeriksaan baris.


Ucapat dan juga amanat YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA.
 

Pentas Utama...


Kawalan Kehormatan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) membuat lintas hormat.


Detachment berjalan lalu dalam Cepat Jalan dan Perlahan Jalan.




Peserta Terbaik Latihan Luar... Insp. Percubaan I/21059 Azwan Azlee bin Saffiai.


Peserta Terbaik Akademik...Insp. Percubaan I/21051 Suhana bt. Atan.


Peserta Terbaik Keseluruhan...Insp. Percubaan I/21035 Fahimah bt Hj. Ishak.


Sidang Media oleh YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA

Wartawan & Jurugambar : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS