Menu

'Syabas Dan Tahniah Kepada Graduan' - Timbalan Ketua Polis Negara

Cheras, 2 Mac 2012 - "Ucapan tahniah dan syabas kepada semua 38 graduan Diploma Sains Siasatan sesi 2010/2011 kerana telah lulus dan berjaya mendapat diploma masing-masing yang akan dianugerahkan di majlis konvokesyen di Universiti Malaya pada pagi esok. Saya juga turut berbangga di atas nikmat kejayaan yang diperoleh hasil dari usaha gigih saudara-saudari selama dua belas bulan menimba ilmu. Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada para isteri dan suami serta anak-anak yang sanggup menerima pengorbanan, berjauhan dengan suami, isteri atau ibu bapa masing-masing sepanjang pengajian berlangsung. Jadikan semua ini sebagai dorongan dan semangat untuk terus menimba ilmu tanpa mengira sempadan usia dan demi masa depan yang lebih cemerlang", ujar YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara sempena Majlis Penutupan Program Diploma Sains Siasatan Sesi 2010/2011 (DSS 10) yang berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur.

Bagi sesi pengambilan 2010/2011, program ini telah berjaya melahirkan seramai 38 graduan yang terdiri daripada 33 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), tiga orang pegawai kanan polis dari Negara Brunei Darussalam dan dua pegawai dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sejak program ini dilancarkan pada 2 Julai 2001 ianya telah berjaya mengeluarkan seramai 325 graduan.

Pada sesi kali ini, 5 peserta telah mendapat Anugerah Peserta Terbaik yang terdiri daripada ASP G/13661 Amat Nazirin bin Ismail (PDRM), ASP G/13031 Raja Kumar A/L Singaram (PDRM), Mejar (3008367) Saifful Addle bin Rahman (ATM), Insp. I/15103 Rajkumar A/L Karunanithy (PDRM) dan peserta keseluruhan terbaik DSP G/10483 Ruslan bin Ibrahim (PDRM) 

Objektif program ini direka khas bagi menitikberatkan dan memberi tumpuan kepada bidang undang-undang pengadilan jenayah, pengetahuan tentang aplikasi komputer dan pengetahuan kepada bidang sains penyiasatan. Program ini juga akan dapat melahirkan seorang pegawai polis yang cekap dalam urusan penyiasatan dengan teknik-teknik penyiasatan yang komprehensif dan inovatif yang berkeupayaan dari segi intelektual, kemahiran kerja utama dalam mengurus kes-kes siasatan serta memperolehi kepakaran dalam ilmu pengetahuan, kemahiran dan amalan dalam bidang sains siasatan dan membantu meningkatkan mutu profesionalisma.

Diploma Sains Siasatan (DSS) merupakan program usahasama di antara pihak Universiti Malaya, Kuala Lumpur yang dikelolakan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dengan pihak PDRM melalui Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Idea untuk melaksanakan program ini telah dicetuskan oleh YDH Tan Sri Mohd Bakri bin Haji Omar yang mana ketika itu sebagai Pengarah di Jabatan Pengurusan PDRM, Bukit Aman.

Tujuan program ini diwujudkan juga adalah untuk memberi penekanan kepada bidang sains penyiasatan bagi membolehkan pegawai polis bertindak dengan cekap, cepat dan professional di dalam urusan kepolisan.

Dalam ucapan YDH Timbalan Ketua Polis Negara, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Universiti Malaya, Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Brunei Darussalam yang telah memberikan sokongan yang padu kepada program ini kerana sokongan Polis Diraja Brunei Darussalam di atas penyertaan serta pengiktirafan mereka yang berterusan kepada program yang diadakan. Begitu juga kepada kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia yang telah menghantar dua orang pegawai untuk mengikuti program ini.

Turut hadir, YDH CP Dato' Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM, YDH CP Dato' Wira Salleh  bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA PDRM, YDH SAC Dato' Shabudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Y.Bhg. Prof. Dr. Kurunathan A/L Ratnavelu, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Universiti Malaya, Y.Bhg Puan Hajah Jabaidah bt. Pengiran Hj.Sulaiman, Attache Education Kedutaan Brunei, Y.Bhg Kolonel Haji Kamarudin bin Haji Mustapha, Pengarah Kor Polis Tentera, Ketua-ketua Jabatan PDRM, Pegawai-pegawai Kanan Polis serta wakil-wakil media. 



Ketibaan YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.



YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, sedang tandatangan Buku Pelawat.

Y.Bhg Kurunathan Ratnavelu, Timbalan Naib Censelor (Pembangunan), Universiti Malaya sedang tandatangan Buku Pelawat.

Antara tetamu yang hadir.

Ucapan YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

Peserta Keseluhuran Terbaik, DSP G/10483 Ruslan bin Ibrahim.

Sesi bergambar.

Sesi bergambar Peserta DSS 10

YDH Timbalan Ketua Polis Negara bergambar bersama peserta-peserta terbaik DSS 10.

Sesi bergambar bersama peserta terbaik DSS 10.

Peserta Keseluhuran Terbaik, DSP Ruslan bin Ibrahim bergambar bersama keluarga.

Wartawan & Jurugambar : KPL Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor 
 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS