Pasukan VAT 69 Komando Bermakna Besar dalam memaksikan Nilai Integriti Formasi Dan Institusi Kepada Negara
Kuala Lumpur , 24 Mac
2011 - " Martabat kemuliaan diri warga 69 Komando ini semakin besar
maknanya kepada Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) apabila dipaksikan
sebagai nilai integriti formasi dan institusi kepada ibu pertiwi," ujar
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.
Berucap semasa Majlis
Kenangan 'Warisan Darah Perwira' bersama Veteran 69 Komando di Hotel
Vistana hari ini, beliau turut menyingkap sejarah pasukan 69 Komando
pada era keganasan Komunis di mana perjuangan mereka menghapuskan
Komunis memainkan peranan yang amat penting dalam rentetan kronologi
keamanan negara.
Beliau turut menambah,
penghargaan seharusnya diberi kepada pihak Urusetia KPN (Tatatertib)
PDRM, Institut Integriti Malaysia (IIM) Arkib Negara Malaysia dan
Persatuan Veteran VAT 69 Komando atas usaha bersama memartabatkan dan
mendokumentasi sejarah perjuangan PDRM dalam memelihara keamanan negara
sekian lama.
Sehubungan itu, beliau
menyeru agar integriti PDRM ini akan dapat dijiwai oleh setiap warga
PDRM dan keluarga mereka di seluruh negara seterusnya menyambung
perjuangan anggota terdahulu yang terkorban dalam memelihara keamanan
negara dengan paksi integriti.
Dalam pada itu, majlis
ini turut dihadiri YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua
Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia,
pegawai-pegawai kanan PDRM dan Veteran-veteran VAT 69 Komando.
Majlis ini turut
menyaksikan upacara penyerahan buku 'Warisan Darah Perwira (Sang Saka
Biru II)' kepada Encik Ishak bin Yahaya (pesara ACP), Yang Dipertua
Persatuan Veteran Vat 69 Komando dan sumbangan kerusi roda kepada Encik
Syed Ismail bin Syed Mohamad (pesara sarjan) yang juga merupakan veteran
VAT 69 Komando.
Terdahulu, majlis ini
dimulakan dengan persembahan sketsa daripada Veteran Vat 69 Komando
diiringi dengan deklamasi sajak yang mengisahkan perjuangan pasukan VAT
69 Komando pada zaman keganasan Komunis.

Ketibaan
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara disambut oleh
YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM dan Pegawai-pegawai Kanan sempena
Majlis Kenangan Bersama 'Warisan Darah Perwira' di Hotel Vistana, Kuala
Lumpur.

YDH Ketua Polis Negara dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama tetamu dari Institut Integriti Malaysia dan Arkib Negara.

YDH
SAC Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA
(PGK) beramah mesra dengan pesara-pesara vateran dari VAT 69 Komando.

Pesara-pesara vateran VAT 69 Komando tidak mahu melepaskan peluang bersalaman dengan YDH Ketua Polis Negara

Bergambar kenangan bersama 'Warisan Darah Perwira'
Gambar di Dewan Manjung, Hotel Vistana







Gugurnya
seorang perwira yang mempertahankan ibu pertiwi...persembahan sketsa
veteran VAT 69 Komando, membuat keseluruhan Dewan Manjung sunyi sepi,
menghayati persembahan tersebut.

Tidak dapat menahan titisan air mata dari mengalir...

Ucapan aluan oleh YDH Ketua Polis Negara

Ucapan balas dari Y.Bhg ACP(B) Ishak bin Yahaya, Yang Dipertua Persatuan Veteran 69 Komando

Dua
orang veteran VAT 69 Komando yang menggunakan kaki palsu apabila
terpaksa dipotong, terkena jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas
komunis.

YDH Ketua Polis Negara melancarkan Buku Warisan Darah Perwira (Sang Saka Biru II) dan diberikan kepad
a Y.Bhg ACP(B) Ishak bin Yahaya

Y.Bhg ACP(B) Ishak bin Yahaya menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara

YDH SAC Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara

YDH Ketua Polis Negara menyumbangkan kerusi roda kepada Sarjan (B) Syed Ismail bin Syed Mohamad

Lafaz Ikrar Taat Setia oleh veteran VAT 69 Komando...
Wartawan : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Penyunting : C/Insp Norsuzila binti Kamaruldin