Menu

16,010 Lans Koperal naik pangkat....

Cheras - 10 September 2011. YAB Perdana Menteri Malaysia telah meluluskan kenaikkan pangkat seramai 16,010 anggota polis berpangkat Lans Koperal ke Koperal secara 'time based', tanpa melalui proses temuduga dengan memenuhi syarat-syarat perkhidmatan selepas lima tahun berkhidmat.

Kenaikkan pangkat secara 'time based' ini di umumkan oleh YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara kepada wakil-wakil media pada Majlis Sambutan Aidilfitri , '1 JSJ 1 Lebaran' di Dataran Kawad Forensik, Makmal Forensik, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, Cheras.

"Selepas 3 tahun berkhidmat, anggota polis akan dimajukan ke pangkat Lans Koperal dan selepas 5 tahun perkhidmatan sebagai Lans Koperal, anggota tersebut layak dinaikkan pangkat ke Koperal dengan syarat telah memenuhi syarat perkhidmatan iaitu lulus Undang-undang Rendah Jabatan, lulus tapisan jabatan iaitu tapisan tatatertib, PTPTN dan SPRM serta diperakukan oleh Pegawai Pemerintah", ucap YDH Ketua Polis Negara.

Daripada 16,010 anggota berpangkat Lans Koperal, 13,759 orang melibatkan Skim APR & Konstabel, 1,615 orang Skim APR & Konstabel Sokongan dan 633 orang melibatkan Skim Konstabel Orang Asli.

YDH Ketua Polis Negara juga memaklumkan, Fasa Satu telah selesai dilaksanakan pada 15 Julai 2011, melibatkan seramai 1,294 anggota dinaikkan pangkat Lans Koperal ke Koperal manakala fasa seterusnya iaitu melibatkan seramai 14,716 anggota lagi akan dinaikkan pangkat secara berperingkat dalam masa terdekat, melibatkan ketiga-tiga skim tersebut.

Tambah beliau lagi, untuk kenaikan pangkat kategori Koperal ke Sarjan, Sarjan ke Sarjan Mejar dan Sarjan Mejar ke Sub Inspektor, kaedah temuduga masih diguna pakai.

"Kenaikkan pangkat ini melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan, namum jumlah tersebut di dalam bajet yang telah diperuntukkan kepada PDRM dan saya serta warga PDRM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia, di mana kenaikkan pangkat secara 'time based' ini akan menambahkan lagi motivasi serta kualiti perkhidmatan PDRM", ucap YDH Ketua Polis Negara di akhir Sidang Media beliau.

Majlis Sambutan Aidilfitri , '1 JSJ 1 Lebaran', anjuran Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman ini telah dihadiri oleh YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan, dif-dif jemputan serta anggota dan keluarga PDRM.

Tetamu telah disajikan dengan pelbagai hidangan yang membuka selera, dihiburkan dengan persembahan oleh Kombo PDRM serta nyanyian, tarian dan persembahan yang mencuit hati dari warga JSJ. Beberapa hamper juga telah diberikan kepada tetamu yang bertuah dan tidak ketinggalan,duit hari raya kepada kanak-kanak yang disampaikan oleh YDH Ketua Polis Negara dan isteri.


Ketibaan YDH Ketua Polis Negara ...


Pengerusi PERKEP Malaysia (isteri Ketua Polis Negara ) juga turut hadir...


Sidang Media oleh YDH Ketua Polis Negara...


Gambar-gambar sekitar Majlis Sambutan Aidilfitri , '1 JSJ 1 Lebaran' di Dataran Kawad Forensik













Persembahan tarian dari JSJ...


Badut menghiburkan kanak-kanak...


Kombo PDRM menghiburkan tetamu


Persembahan nyanyian dari JSJ


Mencuit hati..pertandingan Ratu Kebaya


Tahniah...ucap YDH Ketua Polis Negara kepada pemenang Ratu Kebaya


YDH Pengarah JSJ menyampaikan hamper kepada tetamu yang bertuah pada malam itu..


YDH Ketua Polis Kuala Lumpur juga orang yang bertuah...

 
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir...


Puan Sri juga turut menyampaikan duit raya...


Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS