Ulu Kinta, Ipoh - 28 Oktober 2011
Bagaikan helang
terbang megah di udara, merangkak gagah bagai harimau di hutan serta
menyelam senyap bagai jerung di lautan, seperti juga namanya setiap
anggota Unit 69 Komando dengan kemampuan fizikal dan mental, bersedia
pada bila-bila masa berjuang demi menjaga kedaulatan negara.
Tahun
demi tahun silih berganti, 42 tahun menyaksikan Unit 69 Komando PGK
tetap gagah berdiri. Bersempena Hari Ulang Tahun 69 Komando PGK Ke-42,
pagi ini telah berlangsung Majlis Perbarisan di Dataran Kawad Briged
Utara, Ulu Kinta, Ipoh. Majlis telah dirasmikan oleh YDH SAC Azizan bin
Abd Aziz, Komander 69 Komando Pasukan Gerakan Khas.
Turut
hadir adalah Supritenden Rosly bin Mohd Salleh, Pegawai Turus
Pengurusan, Supritenden Zainuddian bin Haji Samsu Hadi, Pegawai Turus
Teknikal, YDH Komander-komander Skuardron, Pegawai Kanan Polis, Anggota
Polis, Kakitangan Awam, Ahli-ahli PERKEP dan wakil-wakil Media.
"Fokus
utama visi dan misi unit 69 komando pada tahun hadapan adalah lebih
terarah kepada proses pembanguan dari aspek logistik, prasarana,
latihan, kemahiran dan pengurusan operasi akan diberi keutamaan untuk
memastikan tindakan untuk masa krisis keganasan dan kenteraman awam
dapat ditangani dengan lebih efektif dan efisyen. Saya mengucapkan
ribuan terima kasih di atas kehadiran para hadirin, serta kepada Pegawai
Kanan Polis, Anggota Polis, kakitangan awam dan PERKEP yang telah
menyempurnakan Majlis Perbarisan Hari Ulang Tahun 69 Komando PGK
Ke-42", antara isi dalam ucapan YDH Komander 69 Komando Pasukan Gerakan
Khas.
Majlis
pagi ini turut menyaksikan seramai 74 anggota polis yang terdiri
daripada 52 anggota polis tugas am, 14 orang anggota polis orang asli
dan 8 orang anggota polis sokongan telah menerima pangkat
Koperal secara 'Time Base' . Penyematan
pangkat disempurnakan oleh isteri anggota masing-masing. Di samping
itu, YDH Komander 69 Komander PGK turut berbesar hati menyampaikan Surat
Penghargaan kepada anggota-anggota dan Ahli PERKEP di atas komitmen
serta dedikasi terhadap tugas yang telah diamanahkan.
"Teruskan perjuanganmu! Hancurkan petualang negara, buru dan hancurkan mereka.. Biarpun diriku tiada lagi" amanat
terakhir Allahyarham ASP Mohd Zabri Abd Hamid, Ketua Platun 3, 69
Komando yang terkorban ketika mengetuai gerakan mencari dan memintas
sekumpulan pengganas komunis yang bertanggungjawab di atas kes
pembunuhan 4 orang anggota polis di Balai Polis Gerik, 3 September
1975. Mengenangkan jasa perjuangan beliau, seluruh warga 69 Komander PGK
diketuai oleh YDH SAC Azizan bin Abdul Aziz,
Komander 69 Komando PGK menyampaikan cenderahati kepada isteri-isteri
serta anak-anak Allahyarham sebagai tanda penghormatan keberanian dan
pengorbanan beliau.
Pada
akhir majlis, para hadirin telah disediakan jamuan ringan di Dataran 69
KOmando dan sesi menderma darah turut dijalankan di Dewan Serbaguna.

Kawalan Kehormatan mengambil tempat...

YDH SAC Azizan bin Abd Aziz, Komander 69 Komando Pasukan Gerakan Khas membalas 'Tabik Hormat' dari Kawalan Kehormatan.

Pemeriksaan Baris...

Segak bergaya...

Bacaan doa selamat yang diketuai oleh SM Ismail bin Che Mat...


Ikrar Taat Setia, di ketuai oleh Supt. Zainuddian bin Haji Samsu Hadi

Ucapan oleh YDH Komander 69 Komando
Upacara Penyampaian Sijil Penghargaan dan Penyematan Pangkat




Penyampaian Cenderahati kepada isteri-isteri dan anak-anak Alahyarham ASP Mohd Zabri bin Abdul Hamid

Penyampaian cenderahati kepada balu Allahyarham ASP Mohd Zabri...Puan Che Manis @ Latifah binti Abdullah

Puan Putih Sofiah binti Mohd Omar, berasal dari Kpg. Paloh, Ipoh dan mempunyai seorang anak lelaki bersama Allahyarham

Penyambung
warisan darah perwira...Sjn Sharul Niza bin Mohd Zabri, anak lelaki
Allahyarham bersama Allahyarhamah Puan Sabariah binti Chik

Selesai perbarisan..Pegawai Pemerintah Baris melapor

Bergambar kenangan bersama veteran-veteran 69 Komando
Kempen Derma Darah...




Jurufoto : Sjn Zaiddin Dahalan dan L/Kpl Edwind Indo
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo