Menu

9 Pegawai Kanan PDRM terima pingat Kebesaran Negeri Pahang

Pekan, Pahang - 24 Oktober 2011 

Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur, sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 81, KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultang Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, berlangsung di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Seramai sembilan orang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah menerima pengurniaan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) dengan membawa gelaran Dato'.

Penerima terdiri daripada YDH SAC Dato' Paramasivam a/l Arunasalam, Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan), Bukit Aman, YDH SAC Dato' Haris Wong Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Risikan JSJN, Bukit Aman, YDH SAC Dato' Huzir Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Khas D9 JSJ, Bukit Aman dan YDH SAC Dato' Abd. Jalil Hassan, Ketua Penolong Pengarah D7, JSJ Bukit Aman.

Diikuti YDH SAC Dato' Mohd Rodzi Ismail, Komander Briged Tengah PGA, YDH SAC Dato' Hashim Abd. Jalil, Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Tatatertib), Bukit Aman, YDH SAC Dato' Ahmad Marzuki Mohd Saad, Komander Briged Sabah PGA, YDH SAC Dato' Azizan Abu Taat, Komander Briged Tenggara PGA dan YDH SAC Dato' Awang Sahari E.M. Nadzeer. Ketua Cawangan Khas Kontinjen Kuala Lumpur.

Turut berangkat Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom, KeBawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan KeBawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Sultan Iskandar Al-Haj.

Hadir sama YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, Y.Bhg Datin Sri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia, YB Dato' Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang dan YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar Ketua Polis Negara serta isteri YDH Puan Sri Hajjah Suriati Haji Md. Sobri.




Bergambar kenangan sebelum istiadat berlangsung.


YDH SAC Dato' Paramasivam a/l Arunasalam, Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman dianugerahi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) dengan membawa gelaran Dato'.


YDH SAC Dato' Haris Wong Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Risikan JSJN, Bukit Aman, dianugerahi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) dengan membawa gelaran Dato'.


YDH SAC Dato' Huzir Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Khas D9 JSJ Bukit Aman, dianugerahi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) dengan membawa gelaran Dato'.


YDH SAC Dato' Abd. Abd Jalil Hassan, Ketua Penolong Pengarah D7 JSJ Bukit Aman, dianugerahi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) dengan membawa gelaran Dato'.


YDH SAC Dato' Mohd Rodzi Ismail, Komander Briged Tengah PGA, dianugerahi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) dengan membawa gelaran Dato'.


YDH SAC Dato' Hashim Abd. Jalil, Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Tatatertib) Bukit Aman, dianugerahi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) dengan membawa gelaran Dato'.


YDH SAC Dato' Ahmad Marzuki Mohd Saad, Komander Briged Sabah PGA, dianugerahi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) dengan membawa gelaran Dato'.


YDH SAC Dato' Azizan Abu Taat, Komander Briged Tenggara PGA, dianugerahi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) dengan membawa gelaran Dato'.


YDH SAC Dato' Awang Sahari Nadzeer, Ketua Cawangan Khas Kontinjen Kuala Lumpur, dianugerahi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) dengan membawa gelaran Dato'.


YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia, beramah mesra setelah selesai istiadat.


YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara, bergambar kenangan bersama Tuan Yang Terutama Ambassador Paul W.Jones, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia yang dianugerahi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P) Kehormat.


YAB Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil bergambar kenangan bersama Y.Bhg Puan Sri Hjh. Suriati Hj. Md. Sobri, isteri Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara.


YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara bergambar bersama isteri, Y.Bhg Puan Sri Hjh. Suriati Hj. Md. Sobri.


YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara bersama YDH DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Md. Amin, Setia Usaha Polis Diraja Malaysia (SUPM) dan isteri Datin Hjh. Norsiah Hj. Jalaluddin.


Jurufoto: SM Megat Nizar
Wartawan: SM Megat Nizar
Penyunting: Konst Raymond

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS