Sungai Besi , 3 November -
"Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri apa-apa juga
program yang dianjurkan oleh penganjur ini," tegas YDH Timbalan Ketua
Polis Negara dalam sidang media yang diadakan di Unit Udara PDRM di
Sungai Besi, hari ini.
Menyifatkan
program seumpama itu jelas bertentangan dengan undang-undang negara
ini, beliau menasihatkan penganjur serta badan-badan bukan kerajaan
(NGO) yang berhasrat untuk meneruskan program-program ini agar
menghentikannya dan meneliti semula faedah dan kepentingannya kepada
masyarakat serta tidak memandang remeh perkara-perkara yang melanggar
undang-undang negara.
Tiada Program Seumpamanya Akan Diadakan
Mengulas
kenyataannya itu, bermula hari ini, pihak polis telah memberikan arahan
agar pihak-pihak terbabit menghentikan segala usaha-usaha mereka untuk
meneruskan program ini dan penganjur-penganjur program terbabit akan
dipanggil selepas ini untuk disiasat di bawah Seksyen 298(A) Kanun
Keseksaan dan Seksyen 27A(1)(C) Akta Polis.
Setakat
ini, sebanyak 17 NGO daripada persatuan-persatuan pengamal agama Islam,
Kristian dan Buddha serta dua laporan polis telah dibuat bagi
menyuarakan bantahan terhadap penganjuran Program Seksualiti Merdeka
2011 ini.
"Polis
tidak bertindak menentang hak asasi orang awam untuk bersuara namun
apabila ianya sudah melanggar undang-undang dan bertentangan dengan
ajaran pelbagai agama di negara ini., tindakan perlu diambil bagi
menghentikan usaha-usaha pihak terbabit bagi memastikan ketenteraman
awam dikekalkan," ujarnya lagi.
Turut
hadir pada hari ini, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah
Jabatan KDN/KA PDRM, YDH SAC Dato' Amar Singh a/l Ishar Singh, Timbalan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan pihak-pihak
media.

YDH
DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama
YDH CP Dato' Salleh Bin Mat Rasit (5 dari kiri) dan YDH DCP Dato' Amar
Singh A/L Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur(kiri) hadir
dalam sidang media yang diadakan di Unit Udara PDRM Sungai Besi...

YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar Dan YDH CP Dato' Salleh Bin Mat Rasit ketika sidang media berlangsung....

Antara wartawan yang turut hadir....

YDH CP Dato' Salleh Bin Mat Rasit ditemuramah wartawan...

YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar sempat beramah mesra dengan para wartawan yang hadir...

'MESRA...
Wartawan: L/kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin