Subang Jaya - 20 Ogos 2011. Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia ini, Kelab Putera 1Malaysia telah mengadakan Program Khas, menyampaikan sumbangan baju raya, kelengkapan hari raya serta sumbangan duit raya kepada anak- anak yatim piatu di MYDIN Mall, USJ, Subang Jaya, tengahari ini.
Seramai 88 orang anak yatim piatu, berusia dari 6tahun hingga 17 tahun telah menerima sumbangan tersebut. 44 orang anak yatim adalah dari Polis Diraja Malaysia yang dipilih sekitar Selangor dan 44 orang lagi dari sekolah sekitar Ampang Jaya.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Y.Bhg Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim, Presiden Kelab Putera 1Malaysia bersama delegasinya dari Kelab Putera 1Malaysia.
Turut hadir di majlis sumbangan tersebut ialah Y.Bhg Tuan Ahimmat bin Mydin, Pengarah Eksekutif MYDIN Mohamed Holdings Bhd, YDH Supt. Azizi bin Mat Aris, Pegawai Kebajikan Pasukan Polis Diraja Malaysia bersama ASP Napri bin Sahlan sebagai Pegawai Pengiring anak-anak yatim piatu PDRM.
Setiap anak-anak yatim piatu menerima kelengkapan persiapan untuk 2 hari menyambut hari raya seperti 2 helai baju, kasut, yang mereka pilih sendiri mengikut citarasa masing-masing dan sumbangan duit raya.
Disamping itu juga, MYDIN Mohamed Holdings Berhad turut menunaikan tanggungjawab sosial dengan menganjurkan Majlis Pengagihan Bubur Lambuk secara percuma kepada pengunjung di MYDIN Mall USJ ini dan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim.
Sebanyak 10 buah periuk bubur lambuk telah disediakan dengan anjuran bersama Nestle dan MYDIN dan penyediaan bermula seawal jam 6.00 pagi secara gotong royong dan menghasilkan 5,000 buah bungkus.

Anak-anak yatim PDRM sedang memilih baju raya...

Sedang mencuba kain sampin...

Mencari kasut yang sesuai dengan citarasa masing-masing

YDH Supt. Azizi bin Mat Aris, Pegawai Kebajikan Pasukan Polis Diraja Malaysia memilih kasut untuk anak yatim PDRM
Majlis penyampaian sumbangan duit raya oleh Kelab Putera 1Malaysia





Y.Bhg Tuan Ahimmat bin Mydin, Pengarah Eksekutif MYDIN Mohamed Holdings Bhd mengagihkan bubur lambuk kepada anak-anak yatim dan pengunjung yang hadir...

Bergambar kenangan di hadapan MYDIN USJ, Subang Jaya
Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan