Menu

Demonstrasi Ketenteraman Awam

DEMONSTRASI KETENTERAMAN AWAM (KA) SEMPENA EKSESAIS BERSATU AMAN SIRI 2/2011 DI ANTARA PDRM-ATM

Cheras - 5 Julai 2011. Demonstrasi Ketenteraman Awam (KA) sempena Eksesais BERSATU AMAN Siri 2/2011 di antara PDRM-ATM telah diadakan bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Eksesais BERSATU AMAN 2/2011 yang dilaksanakan dalam bentuk Eksesais Table Top/Pos Pemerintahan (POSTAH) atau Command Post Excercise (CPX) di peringkat perancangan, melibatkan pegawai dan anggota PDRM-ATM mulai 4 hingga 5 Julai 2011, diadakan dengan objektif untuk menentukan tahap saling bantu membantu dalam semua aspek operasi di antara PDRM dan ATM bagi menangani ancaman Ketenteraman Awam (KA).


Eksesais ini juga diadakan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan PDRM dan ATM dalam melaksanakan operasi KA, khususnya dari aspek kemahiran keanggotaan, kesesuaian penugasan, sistem kawalan komunikasi dan kelengkapan peralatan logistik.

Eksesais ini adalah kesinambungan daripada kerjasama operasi dan latihan di antara PDRM dan ATM yang telah lama wujud dan telah diformalisasikan pada tahun 2008 melalui Jawatankuasa Penyelaras Operasi/Latihan (JPOL) PDRM/ATM. Demonstrasi Ketenteraman Awam ini melibatkan kekuatan 120 anggota PDRM dari Pasukan Simpanan Persekutuan atau FRU (termasuk 30 perusuh) dan 120 anggota ATM dari Batalion 25 RAMD (termasuk 30 perusuh) dan juga fly pass pesawat dari Air Wing PDRM serta Pasukan Unit Tentera Udara (PUTD).

Ketua Delegasi PDRM diketuai oleh YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA dan  Ketua Staf Markas ATM dan Y.Bhg Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor pula selaku Ketua Delegasi ATM.


Turut hadir ialah YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (Kepolisan/Pencegahan Jenayah),
Y.Bhg. Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman bin Ahmad Badaruddin, Panglima Angkatan Bersama, Y.Bhg Leftenan Jeneral Dato' Seri Panglima Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi, Panglima Medan Tentera Darat, YDH SAC Dato' Roslan bin Ahmad, Komander PSP, YDH SAC Dato' Isa bin Munir, Komander PGM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta Pegawai-pegawai Kanan ATM.



YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA bersama rakan sejawat dari ATM



YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA bersama  Ketua Staf Markas ATM Y.Bhg Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor


Antara Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan ATM yang hadir...


Gambar-gambar sekitar
Demonstrasi Ketenteraman Awam (KA) sempena Eksesais BERSATU AMAN Siri 2/2011 di antara PDRM-ATM


































Selesai
Demonstrasi Ketenteraman Awam (KA) sempena Eksesais BERSATU AMAN Siri 2/2011 di antara PDRM-ATM






















Sidang Akhbar ...



Wartawan : Insp Md. Aruwan bin Md. Amilah
Jurufoto   : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Mohd Shareel bin Shahriman

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS