Menu

Golf Persahabatan DRB-Hicom Dengan PDRM

Shah Alam - 13 Mac 2011

Buat pertama kalinya, DRB-Hicom Berhad telah menganjurkan pertandingan Golf Persahabatan menentang Polis Diraja Malaysia, bertempat di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam tengahari ini. Pertandingan golf persahabatan hari ini dibahagikan kepada tiga belas kumpulan (flight), empat orang bagi setiap flight. Sebanyak 18 lubang yang akan dilalui oleh para pemain ini akan menggunakan mod permainan sistem '36' Stable-ford points untuk menentukan pemenang.

Pasukan Polis Diraja Malaysia diketuai oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sementara DRB-Hicom Berhad pula diketuai oleh Y.Bhg Dato' Lokman bin Ibrahim, Group Chief Financial Officer (CFO) DRB-Hicom.

Antara yang mewakili Polis Diraja Malaysia pada pertandingan ini ialah YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter/Terrorism), YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan, YDH DCP Dato' Hj. Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Timbalan Pengarah 1, JSJ, YDH DCP Dato' Othman bin Harun, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ Narkotik serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

'Selain dari kita beriadah, menyihatkan badan, pertandingan hari ini juga akan membuatkan kita lebih mengenali dan mesra, seterusnya meninggikan lagi persahabatan kita'.

"Ianya juga merapatkan hubungan antara agensi-agensi kerajaan dan juga pihak swasta dan saya berharap agar kita boleh terus berkongsi kepakaran dan keupayaan kita, bekerja berganding tangan untuk menjadikan negara kita lebih baik dan sejahtera", ucap YDH Ketua Polis Negara semasa majlis makan malam, sEtelah selesai pertandingan persahabatan.


Gambar kenangan bersama antara PDRM dan DRB-Hicom


Bersiap sebelum memulakan pertandingan...


YDH Ketua Polis Negara berganding bersama Setiausaha Polis Malaysia (SUPM)


dari kanan...YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Y.Bhg Datuk Hj. Abdul Rahman bin Mohd Ramli, YDH DCP Dato' Hj. Ghazali bin Md. Amin dan Y.Bhg Dato' Lokman bin Ibrahim.


dari kanan...YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Y.Bhg Dato' Salamat bin Hj. Wahit, YDH SAC Dato' Rusli bin Ahmad dan Y.Bhg Dato' Khalid bin Abdol Rahman


dari kanan...YDH ACP Zahedi bin Ayob, Puan Siti Mariam binti Mohd Desa, YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani dan Encik Mohd Radzman bin Othman.


dua dari kiri...YDH CP Dato Mohamad Fuzi bin Harun dan DH DCP Dato' Othman bin Harun bersama pemain dari DRB-Hicom, Dato' Nik Hamdan bin Nik Hassan dan Encik Azman bin Idris.


Melakukan regangan sebelum membuat pukulan...


YDH Ketua Polis Negara melakukan pukulan...


YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara


YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM...


YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani


Setiausaha Polis Malaysia...

Gambar kumpulan






















Jamuan Makan Malam

Ucapan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara


Cenderahati daripada YDH Ketua Polis Negara kepada Y.Bhg Dato' Lokman bin Ibrahim


Cenderahati kepada YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail

Gambar kenangan



















Wartawan/Jurufoto :Sjn Zaiddin bin Dahalan
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS