Kuala Lumpur , 6 Jun 2011 -
"Sesungguhnya, pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah yang baru ini, adalah
sangat tepat pada masanya dan sangat relevan dengan program tranformasi
kerajaan," ujar YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis
Negara dalam ucapannya sempena Upacara Perasmian Ibu Pejabat Polis
Daerah Dang Wangi, petang tadi.
Sejarah
tugas-tugas kepolisan IPD Dang Wangi telah bermula seawal tahun 1917,
bersamaan 94 tahun lalu dan pada masa itu dikenali sebagai Balai Polis
Campbell. Pada 1 Februari 1972 Balai Polis tersebut dikenali sebagai IPD
Campbell dan dibawah pentadbirannya terdapat dua buah balai iaiatu
Balai Polis Campbell dan Balai Polis Jalan Bandar.
Pada
20 September 1989, pejabat di Jalan Campbell bertukar ke Balai Polis
Jalan Bandar dan pada 20 September 1993 secara rasminya bertukar nama ke
Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, yang telah diwartakan berkuatkuasa
sepenuhnya pada 15 Disember 1994. Pada awal April 1996, IPD Dang Wangi
berpindah dari Jalan Bandar ke Balai Polis Jalan Stadium, Kuala Lumpur.
30 Ogos 2010, IPD Dang Wangi kembali ke Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur
setelah bangunan ini siap dibina pada 30 April 2010. Kompleks ini telah
diserahkan oleh Kementerian Dalam Negeri kepada Polis Diraja Malaysia
pada 30 Jun 2010 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 30 September 2010.
Atas
faktor lokasinya yang terletak di nadi ibu kota Kuala Lumpur, ditambah
pula dengan faktor kepesatan pembangunan dan pertambahan penduduk, ia
merupakan daerah polis yang paling sibuk di tanah air dengan purata
80,000 laporan polis diterima setiap tahun.
Demi
menjamin keberkesanan penyampaian perkhidmatannya kepada masyarakat
setempat, penyelarasan dari segi bilangan keanggotaannya telah
dilaksanakan diikuti dengan pembinaan kompleks baru IPD Dang Wangi yang
sedia ada sekarang.
Bercirikan
infrastruktur binaan yang moden dan selesa, YDH Ketua Polis Negara
menjelaskan kewujudan IPD ini secara langsung akan meningkatkan motivasi
dan memberikan aspirasi serta impetus kepada pegawai, anggota dan
pegawai awam PDRM dalam pelaksanaan menambahbaik perkhidmatan mereka
kepada masyakat.
Dalam
ucapannya juga, seruan transformasi kerajaan turut dimanifestasikan
dengan kolaborasi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mendapat
pengiktirafan Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) Tahun 2010 pada 31
Mei lalu.
Beliau
turut menghargai Crime Awareness Team atau (CAT) yang telah dilancarkan
oleh Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 27 Mei
lalu yang juga merupakan sasaran ke arah pencapaian prestasi yang lebih
cemerlang untuk diperluaskan kepada lain-lain kementerian, agensi
kerajaan dan masyarakat umpamanya, seperti rondaan pencegahan jenayah
(Crime Prevention Patrolling) oleh polis, masyarakat terutamanya
golongan belia boleh membantu mengenal pasti tempat-tempat terbiar yang
dijadikan sarang-sarang penagihan dadah dan tempat kegiatan maksiat, dan
lain-lain aktiviti yang boleh membawa kepada perbuatan yang menyalahi
undang-undang negeri.
"Jenayah-jenayah
jalanan kecil jika dihapuskan dari akar umbi, akan memberi impak
positif dalam mengurangkan jenayah besar seperti yang dirumuskan dalam 'broken window theory'
yang telah dibuktikan berjaya diamalkan oleh beberapa agensi kepolisan
di luar negara dengan bantuan masyarakat setempat, dan perkara yang sama
boleh diemulasikan dalam konteks kita di daerah-daerah polis di Kuala
Lumpur, termasuk IPD Dang Wangi," tambah YDH Ketua Polis Negara lagi.
Mengakhiri ucapannya, beliau menyeru kepada setiap warga PDRM supaya 'professional standards'
dalam perkhidmatan dipertingkatkan dan teruskan usaha memperbaiki
kelemahan dan tekad untuk meletakkan PDRM ke arah mercu kecemerlangan.
"Saya
berharap agar semua warga IPD Dang Wangi akan terus berusaha dengan
lebih gigih sekali gus menjadikan IPD ini sebagai satu premis kondusif
dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat serta
membantu kerajaan dalam menjayakan Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA), Mengurangkan Jenayah", ucapan perasmian oleh YB Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri
Turut
hadir pada hari ini ialah YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusof, Timbalan
Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg Dato' Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH SAC Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Pegawai-Pegawai Kanan PDRM serta tetamu jemputan.

Ketibaan YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Ketibaan
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri
disambut oleh YDH IG Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar, Ketua Polis
Negara.

YDH IG Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara ketika memberi ucapan kata - kata aluan.

YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri sedang memberi ucapan serta merasmikan majlis tersebut

YB
Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri
menandatangani Plak Perasmian IPD Dang Wangi dan di saksikan oleh YDH IG
Tan Sri Hj. Ismail bin Hj Omar Ketua Polis Negara

YDH
IG Tan Sri Hj. Ismail Bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan
cenderahati kepada YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri
Dalam Negeri

Upacara pemotongan reben oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Husein, Menteri Dalam Negeri

YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri menandatangani Buku Pelawat

Ketua Polis Balai Dang Wangi melapor tugas kepada YB Dato' Seri Hissammudin bin Tun Hussein di Pejabat Pertanyaan.

YB
Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri beramah
mesra dengan pengadu yang sedang membuat laporan di Pejabat Pertanyaan
Balai Polis Dang Wangi

Beramah mesra dengan keluarga polis yang menetap di kuarters perumahan IPD Dang Wangi

YB
Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri
meluangkan masa melawat kediaman salah seorang anggota polis yang
menetap di situ
Wartawan : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim dan L/Kpl Mohd Helmi
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan