Menu

Kaedah 3C - Pemangkin Dalam Menghadapi Situasi Era Baru

Kuala Lumpur - 5 Disember 2011

Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) bermula di Singapura ekoran dari kejadian rusuhan kaum - Peristiwa Natrah (1950). Mengimbas kembali detik sejarah, Bertha Hertogh atau Nadra Maarof adalah wanita berketurunan Belanda. Rusuhan Natrah terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. 

Pada awalnya, Pasukan Simpanan Persekutuan hanya berpaksikan kekuatan 90 orang pegawai dan anggota (1 terup) telah menempa kejayaan dalam mengatasi masalah kententeraman awam seperti pemogokan, tunjuk perasaan dan rusuhan yang berlaku sejak awal tahun 1950-an. Kini PSP telah mengalami proses pembesaran. Dengan kekuatan 2464 pegawai kanan dan anggota iaitu (Unit 1 dan 4, Kuala Lumpur), (Unit 2, Johor Bahru), (Unit 3, Pulau Pinang), (Unit 5, Ipoh, Perak), (Unit 6, Kuala Terangganu), dan (Unit 7, Seremban, Negeri Sembilan), terdapat 96 insiden yang melibatkan Kententeraman Awam telah berjaya ditangani oleh PSP dengan cemerlang.

Pagi ini, sempena Sambutan Ulang Tahun Pasukan Simpanan Persekutuan Ke-56, telah berlangsung satu majlis perbarisan rasmi di Dataran Kawad PSP, Cheras, Kuala Lumpur.

Hadir di majlis ini adalah YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Kenteraman Awam, YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah (Kepolisan/Pencegahan Jenayah) Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah KDN/KA (PGA/Pengurusan/Sempadan/Kawalan Sempadan), YDH SAC Dato' Mohd Sueb bin Abdullah, Timbalan Pengarah II KDN/KA, YDH SAC Hamid bin Mohd Ali, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, YDH SAC Dato' Jaafar bin Mohd Yusof, Komander Unit Tindak Khas, YDH SAC Dato' Isa bin Munir, Komander Pasukan Gerakan Marin, YDH SAC Dato' Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Pasukan Gerakan Am (Briged Tengah), YDH SAC Dato' Mohd Rodzi bin Ismail, Pemangku Komandan Maktab PDRM, Pegawai-pegawai Kanan Polis, Anggota-anggota Polis dan Ahli-ahli PERKEP.

"Saya yakin dan percaya, dengan berbekalkan semangat setia kawan yang jitu, latihan-latihan yang lebih efektif, kelengkapan dan logistik yang dalam kesempurnaan, pastinya PSP mampu dijadikan benteng harapan kepada PDRM dan negara", antara ucapan YDH Pengarah KDN/KA.

Turut disarankan oleh YDH Pengarah Jabatan KDN/KA dalam ucapan beliau adalah pengamalan kerja 3C iaitu Creativity (berdaya cipta), Collaboration (kerjasama) dan  Communication (berinteraksi) secara maksimum di dalam penugasan. YDH Pengarah Jabatan KDN/KA melahirkan rasa percaya dan yakin ianya menjadi pemangkin yang amat berkesan dalam melengkapkan diri bagi menghadapi situasi semasa.

"Dalam nada lain pula, saya amat kagum dengan pengorbanan kaum ibu atau PERKEP PSP khasnya, kerana sentiasa menjadi tonggak keluarga dalam membesarkan serta mendidik anak-anak sepanjang tempoh penugasan suami-suami sepanjang kerjaya. Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan. Akhir kata saya mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah menjayakan majlis ini dan semangat setiakawan inilah yang semestinya kita amalkan dalam Jabatan KDN/KA", YDH Pengarah Jabatan KDN/KA mengakhiri ucapan pagi ini.


Ketibaan YDH Pengarah Jabatan KDN/KA diiringi oleh YDH Komander Pasukan Simpanan Persekutuan


YDH Pengarah Jabatan KDN/KA memberikan tabik Hormat Panglima kepada Kawalan Kehormatan


Pegawai Pemerintah Baris melaporkan kekuatan anggota baris


Pemeriksaan baris oleh YDH Pengarah Jabatan KDN/KA diiringi oleh YDH Komanden PSP dan Pegawai Pemerintah Baris




Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Y.Bhg Ustaz Sahrul Rizal bin Abdullah Sani


Ucapan dan mandat YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Kenteraman Awam


Antara penerima-penerima Surat Penghargaan


C/Insp Basharuddin bin Mansor dari Terup Water Cannon Unit 1 mewakili penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010



Bacaan Ikrar Rukun Negara Dan Taat Setia Polis Diraja Malaysia dibacakan oleh ASP Madon bin Budin, Pegawai Penjaga Terup 1B








Antara yang hadir

YDH Pengarah Jabatan KDN/KA bermesra dengan anggota bawahan













Majlis diteruskan dengan sedikit jamuan ringan sambil dihiburkan oleh Quintet Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am, Cheras

Menandatangani Buku Pelawat











Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS