"Saya
juga berharap kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin ke arah
perkhidmatan yang lebih cemerlang di masa akan datang.." - YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hj. Hanafi
Bukit Aman , 12 Oktober -
"Anda semua pastinya telah bersedia untuk memikul tugas dan
tanggungjawab yang lebih berat sejajar dengan pangkat yang disandang dan
ianya merupakan satu pengiktirafan pucuk pimpinan PDRM di atas prestasi
kerja yang telah dipamerkan sepanjang perkhidmatan," ujar YDH DCP Dato'
Abd Rahim bin Hj. Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan, sempena Majlis
Pemakaian Lencana Pangkat Koperal 'Time Base', anggota Jabatan
Pengurusan Bukit Aman di Perkarangan Kompleks 3, Bukit Aman, hari ini.
Seramai
110 anggota Jabatan Pengurusan Bukit Aman yang terdiri daripada anggota
Skim Perkhidmatan Regular dan Skim Perkhidmatan Sokongan telah
dinaikkan pangkat secara 'time base' ke pangkat Koperal pada hari ini.
Di
dalam majlis ini juga, terdapat tiga upacara pemakaian pangkat iaitu
Upacara Pemakaian Pangkat Pasangan Suami dan Isteri Awam, Upacara
Pemakaian Pangkat Suami dan Isteri yang kedua-duanya dinaikkan pangkat
dan Upacara Pemakaian Pangkat Oleh YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hj.
Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan
Calon Kenaikan Pangkat Secara 'Time Base' Akan Dikeluarkan Secara Berperingkat
"Baki calon yang sesuai akan dikeluarkan secara berperingkat dalam masa terdekat dan jumlah ini akan bertambah berdasarkan kelayakan calon semasa," tambahnya lagi.
Beliau
turut menyeru kepada anggota-anggota berpangkat Lans Koperal yang tidak
dapat dinaikkan pangkat secara 'Time Base' kerana tidak layak secara
asas, iaitu tidak lulus Perperiksaan Undang-undang Rendah Pasukan agar
terus berusaha bagi menjamin kenaikan pangkat mereka pada masa akan
datang.
Turut
hadir dalam majlis pada hari ini, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul
Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH SAC Dato' Asri
bin Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), YDH
SAC Dato' Dr. Haji Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama
dan Kaunseling) dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Antara sebahagian Pegawai Kanan PDRM yang hadir.

Antara anggota yang menerima kenaikkan pangkat Koperal 'Time Based'.

YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hj. Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan ketika bacaan doa.

YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hj. Hanafi ketika memberi ucapan.


Sesi Pemakaian Pangkat Suami dan Isteri yang kedua-duanya di naikkan Pangkat Koperal...

Sesi Pemakaian Pangkat Oleh YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hj. Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan.

Barisan Pancaragam.

YDH
DCP Dato' Abd Rahim bin Hj. Hanafi menerima cenderahati YDH SAC Dato'
Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran).

Penerima Pemakaian Pangkat Suami dan Isteri yang kedua-duanya di naikkan Pangkat Koperal bergambar bersama.

Rezeki anak... KPL Tun Jahfar bersama isteri yang sedang mengandung.

Antara penerima Kenaikkan Pangkat Koperal 'Time Based' daripada Cawangan Kem Komandan Bukit Aman.
Wartawan : L/Kpl Irfan Bujang
Jurufoto : L/Kpl Shareel & Konst. Shanter
Penyunting : Sjn Zaiddin.