Menu

Kolaborasi Pasukan HRMIS TLDM - PDRM

Bukit Aman - 10 Januari 2012

Human Resource Managment Information System (HRMIS) PDRM telah mula dilaksanakan pada 1 April 2010. Kesinambungan daripada projek EG-HRMIS di peringkat nasional ini, HRMIS merupakan sebuah sistem pengurusan sumber manusia sektor awam yang bersepadu, komprehentif dan berteraskan kompetensi. HRMIS merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi yang dibangunkan di bawah Inisiatif Kerajaan Elektronik (Multimedia Super Corridor).

Pagi ini, satu Taklimat Lawatan Kerja Pasukan HRMIS Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke Unit HRMIS PDRM telah berlangsung di Bilik Auditorium Tingkat 16, Menara 2, Kompleks Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Taklimat lawatan ini adalah bertujuan bagi bertukar pandangan berkenaan dengan Pengurusan Tabdir Sistem HRMIS PDRM-TLDM, Pemetaan Fungsi Sumber Manusia, Strategi Pelaksanaan Modul Aplikasi HRMIS dan Aliran Kerja HRMIS, sekaligus mengeratkan hubungan di antara dua badan berunifom ini.

Antara yang hadir pagi ini adalah YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, Y.Bhg Laksamana Pertama Yaakub bin Husin, Timbalan Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Laut, YDH SAC Dato' Aishah binti Mohammad, Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan (Rekod Personel) merangkap Ketua HRMIS PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Pegawai Kanan Pasukan HRMIS TLDM, Anggota Polis serta Kakitangan Awam.

Antara objektif utama Sistem HRMIS adalah menyumbang ke arah pewujudan persekitaran  Paper-less  dengan menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka, fleksibel serta sentiasa dikemas kini. Penyediaan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam melindungi negara dan menjamin persekitaran yang selamat bagi masyarakat adalah di antara misi utama perlaksanaan sistem ini.

Di akhir taklimat, Y.Bhg Laksamana Pertama Yaakub bin Husin bersama pegawai pasukan HRMIS TLDM berpeluang untuk melawat sekitar pejabat HRMIS PDRM di aras 15.


YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff bersalaman bersalaman dengan Y.Bhg Laksamana Pertama Yaakub bin Husin



Bacaan doa oleh Y.Bhg Ustaz Abdul Malik Khadafi bin Ismail, Bahagian Agama Dan Kaunseling Bukit Aman


Ucapan daripada YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman




Antara yang hadir


Taklimat disampaikan oleh ASP Anuar bin Abdul Fatah, ASP HRMIS

Sesi soal jawab









YDH SAC Dato' Aishah binti Mohammad, Ketua HRMIS PDRM memperkenalkan barisan penting Pegawai Kanan dan Kakitangan awam dalam membangunkan Sistem HRMIS PDRM


Ucapan daripada Y.Bhg Laksamana Pertama Yaakub bin Husin



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS