Menu

Latihan Pasukan Gerakan Khas (PGK) bersama US Army dan US Navy.

Latihan ini dijalankan bersama 'C' Company 1 Batalion 1 Special Forces Group yang berpengkalan di Pulau Okinawa Jepun dan beribu pejabat di Hawaii.

Gandingan latihan bersama Pasukan Gerakan Khas (Unit Tindakan Khas) telah bermula sejak tahun 1996 sehingga kini. Latihan dijalankan 1 atau 2 kali setahun dengan US Army dan kadang kala terdapat juga latihan dengan US Navy dalam bidang penyelam tempur.

Bertempat di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh, latihan yang berlangsung pada hari ini adalah bersama tentera US Army bermula pada 16 Januari dengan acara penerjunan persahabatan dan berakhir pada 17 Februari 2012. Kumpulan US Army ini diketuai oleh Major Stephen Taylor. Terdapat 40 operatif US dan 38 operatif PGK dalam latihan ini, manakala kumpulan sniper pula telah menjalankan latihan di LISRAM Pulau Langkawi selama dua minggu.

Perkara-perkara yang didedahkan dalam latihan ini adalah:-
1) Kemahiran medan/teknik menembak
2) Kemahiran merancang dan mengendali serbuan bangunan
3) Kemahiran 'perubatan tempur' (Combat causality care)
4) Kemahiran letupan
5) Pertempuran dikawasan bandar (fighting in built up area-(FIBUA)
6) Perancangan operasi
7) Latihan Sniper

Setelah latihan tamat, Pasukan Gerakan Khas (UTK) akan mengajar kemahiran pengiring rapat kepada pihak 'C' Company 1 Battalion, 1 Special Forces Group selama 3 hari (reciprocal training). Semasa latihan peringkat akhir, seramai 4 Pegawai FBI dari Los Angeles Field Office akan menjalakan latihan 'evidence collection'.

Sebagai penghormatan, pada 15 Februari 2012, YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA  dan YDH Dato' Azizan bin Abd Aziz, Komander 69 Komando telah menerima anugerah Sayap Penerjunan Tentera US Kehormat yang telah berlangsung di Unit Udara Polis Ipoh, Perak. 



Antara Tentera US sedang berbincang...


Menunggu ketibaan YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA...




Ketibaan YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA...



Ketika melihat pertunjukan gabungan Tentera US dan UTK PDRM....


UTK PDRM mengempur...


Merancang operasi...
 

Tentera US sedang 'standby'...


Memeriksa lokasi...




PGK PDRM bersama Tentera US...


Segak berdiri megah Pasukan Gerakan Khas PDRM...



Pasukan Tentera US ketika mengempur...


Unit pemusnah bom...Tentera US...



Antara penganas yang telah ditembak mati...


Antara barisan kehormat...



YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA menerima Sayap Penerjunan Tentera US Kehormat daripada Major Stephen Taylor daripada tentera US Army...



YDH SAC Dato' Azizan bin Abd Aziz, Komander 69 Komando menerima Sayap Penerjunan Tentera US Kehormat daripada Major Stephen Taylor daripada tentera US Army...


YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA menyampaikan cenderahati kepada Major Stephen Taylor daripada tentera US Army...


YDH Dato' Abd Rashid bin Harun, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (PGK) menyampaikan cenderahati kepada YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA...
 

Sesi bergambar kenangan...
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS