Bukit Aman - 11 Mac 2011
Seramai 40 orang kariah
Masjid Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor telah diundang oleh YDH
Ketua Polis Negara ke Masjid Bukit Aman pada pagi ini. Undangan ini
sebagai memenuhi lawatan balas YDH Ketua Polis Negara dan rombongan
PDRM pada 22 Oktober 2010, sewaktu program Kepimpinan PDRM dan
masyarakat bersama mengimarahkan masjid.
Dalam program lawatan ini,
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid dan rombongan telah dibawa
melawat Muzium PDRM sebelum ke Masjid Bukit Aman.
Seterusnya rombongan telah
dibawa ke Menara 1, Bukit Aman dan disambut oleh Pengerusi dan Ahli
Jawatankuasa Masjid Bukit Aman. Aturcara seterusnya, rombongan dibawa ke
Dewan Theatrette, Menara 1 Bukit Aman untuk menyaksikan video korporat
'Organisasi Polis Diraja Malaysia'. Sementara itu, Pengerusi dan Ahli
Jawatankuasa Masjid Bukit Antarabangsa telah mengadakan kunjungan hormat
ke atas YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di
pejabat Ketua Polis Negara.
"Saya
amat berbangga dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian
tuan-tuan dan puan-puan dapat hadir dalam program lawatan ke Bukit
Aman. Saya berharap dengan kerjasama dan program yang dijalankan ,
Insya-Allah akan dapat menolong untuk memperkasakan lagi identiti diri
setiap warga PDRM agar menjadi pemimpin dan contoh baik kepada
masyarakat" ucapan YDH Ketua Polis Negara.
"Jika
masyarakat kita kukuh, kuat dan bersatu melalui program-program
kemasyarakatan yang di adakan di masjid, inilah kekuatan yang menjadi
benteng kita untuk menakutkan penjenayah", akhiri ucapan oleh YDH Ketua
Polis Negara.
Para
peserta rombongan seterusnya dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk
menunaikan Solat Jumaat. Tazkirah disampaikan oleh Imam Masjid Bukit
Antarabangsa. Setelah selesai menunaikan Solat Jumaat, rombongan Masjid
Bukit Antarabangsa bersama YDH Ketua Polis Negara, YDH Timbalan Ketua
Polis Negara, Setiausaha Polis Malaysia dan Pegawai-pegawai Kanan ke
Dewan Serbaguna untuk jamuan makan tengahari.

Taklimat ringkas oleh Sjn Md. Hanifah bin Mohamed Ali di Muzium PDRM

Sejarah koleksi pakaian awal penubuhan pasukan polis Malaya sebelum merdeka

Menarik perhatian..Peluru meriam yang pernah digunakan oleh tentera Portugis

Senjata lama...Hasil rampasan semasa zaman darurat

Senarai tokoh sukan PDRM yang dulu telah mengharumkan nama Malaysia

Y.Bhg. Hj Zulkifli bin Ahmad, Pengerusi Masjid Bukit Antarabangsa menandatangani Buku Pelawat Muzium PDRM

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid Bukit Antarabangsa mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat YDH Ketua Polis Negara

Menonton video korporat ' Organisasi Polis Diraja Malaysia' di Dewan Theatrette, Menara 1

Ucapan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Turut hadir... YDH Datuk Hussin Bin Hj. Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara

YDH DCP Dato, Zamri bin Yahya, Pengerusi Masjid Bukit Aman bersama tetamu rombongan

Y.Bhg Pengerusi Masjid Bukit Antarabangsa memberikan ucapan balas

YDH Ketua Polis Negara menerima cenderahati daripada Y.Bhg. Hj Zulkifli Ahmad, Pengerusi Masjid Bukit Antarabangsa

Y.Bhg. Hj Zulkifli Ahmad menerima cenderahati daripada YDH Ketua Polis Negara berupa senaskah Surah Yassin dan payung PDRM

Cenderahati kepada kariah Masjid Bukit Antarabangsa

YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama tetamu..

Untuk kenang kenangan....

Bergambar kenangan di Masjid Bukit Aman

YDH Ketua Polis Negara dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara menghantar rombongan pulang menaiki bas
Wartawan : L/Kpl Edwind bin Indo
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Penyunting : C/Insp Norsuzila binti Kamaruldin