BUKIT AMAN , 28 Oktober 2011- "Pepatah ada mengatakan,setiap yang bermula pasti akan berakhir - inilah realitinya kepada YDH Dato' Othman bin Harun di dalam PDRM yang akan mengundur diri dengan seribu kenangan pahit dan manis sepanjang kerjayanya dalam PDRM dan JSJN khususnya," ujar YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di Upacara Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah 1 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, YDH DCP Dato' Othman bin Harun, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) dengan YDH SAC Dato' Haris Wong bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi) yang berlangsung di Dewan Mess Pegawai Kanan Bukit Aman, hari ini.
"Setiap yang pergi, pasti ada penggantinya, itulah sebenarnya kuasa Tuhan, tiada siapapun yang mengetahuinya, kecuali Dia sahaja, dan kita insan yang lemah ini, hanya mampu merancang dan berusaha untuk mencapai apa yang kita hajati. Tetapi Tuhanlah yang menentukan segalanya. Alhamdulillah di atas rahmat Allah S.W.T dapat juga kita berjumpa pada pagi ini, sesungguhnya hari ini begitu simbolik kepada saya kerana selepas ini saya akan berundur menjadi seorang pegawai polis dan akan terus menikmati perjalanan hidup saya dengan hala tuju yang berbeza," begitulah ucapan yang keluar dari hati seorang pegawai kanan polis yang penuh dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam pasukan PDRM, YDH DCP Dato' Othman bin Harun.
Tambahnya, walaupun akan meninggalkan pasukan PDRM, namun hati dan perasaannyaa masih lagi kekal utuh dan amat berat untuk berpisah dengan pasukan yang telah beliau harungi segala kesusahan dan kesenangan sebagai seorang pegawai kanan polis selama hampir 40 tahun lamanya.
"Dengan hati yang tulus ikhlas suka untuk saya nyatakan bahawa, saya selama ini amat berbangga dan tidak penah menyesal memilih kejaya yang mulia ini. Sebagai seorang ketua saya tidak boleh melakukan tugas dan tanggungjawab tersebut secara bersendirian tanpa sokongan dan bantuan daripada para pegawai bawahan," ujarnya lagi.
YDH DCP Dato' Othman bin Harun akan menjalani persaraan wajib pada 29 Oktober 2011 ini setelah berkhidmat 35 tahun dalam PDRM.
Serba sedikit sejarah YDH DCP Dato' Othman bin Harun semasa beliau berkhidmat dalam pasukan PDRM
YDH DCP Dato' Othman bin Harun telah memulakan perkhidmatan dalam PDRM pada 01 Julai 1976 sebagai Insp. Percubaan dan tugasan pertama beliau di dalam PDRM ialah sebagai pegawai penyiasat di cawangan JSJ IPD Kota Bharu Kelantan.
Pada tahu 1981 beliau di tukarkan ke Cawangan Anti Dadah di IPK Kelantan. Pada tahun 1984 beliau di naikkan pangkat Asistant Superitenden Polis (ASP) dan menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah IPD Machang Kelantan.
Pada 07 Julai 1987 beliau dinaikkan pangkat ke (DSP) Deputi Superitenden Polis dan bertugas di Cawangan Anti Dadah Kuala Lumpur.
Pada 01 Ogos 1997 memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Narkotik Perak. Pada 15 Januari 2004 dengan kenaikkan pangkat ke Assisten Commisioner Polis (ACP) beliau memegang jawatan yang lebih mencabar iaitu Ketua Jabatan Narkotik Kuala Lumpur.
Pada 01 November 2006 beliau dinaikkan pangkat ke Senior Assisten Commisioner II dan ditugaskan sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang. Pada 07 November 2007 di naikkan pangkat sekali lagi dengan pangkat Senior Assisten Commisioner I dan memegang Jawatan Timbalan Pengarah (Perlucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) JSJN Bukit Aman. Pada 29 Julai 2008 Sekali lagi beliau dinaikkan pangkat ke Deputi Commisioner Polis (DCP) dan menjawat jawatan Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJN sehinggalah sekarang.
Pencapaian beliau boleh dijadikan teladan kepada pegawai - pegawai muda dalam PDRM. Jika di imbas kembali jawatan - jawatan yang dipegang oleh beliau, hampir 30 tahun dari 35 tahun khidmat beliau dalam PDRM dihabiskan berkhidmat di dalam Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. Oleh itu, pengalaman dan kepakaran beliau di dalam Jabatan JSJN tidak boleh dipertikaikan lagi.
Beliau merupakan seorang pegawai yang berpengalaman, komited, dedikasi, berintegriti tinggi, penyayang serta mempunyai sikap humour yang menghiburkan dan JSJN akan turut merasakan kehilangannya selepas ini.
Turut hadir hari ini, YDH DCP Dato' Othman bin Harun, Timb. Peng. I JSJN bersama isteri, YDH SAC Dato' Mohd Dzulyadaen bin Hj. Ismail, Timb. Peng. II JSJN bersama isteri, YDH SAC Dato' Haris Wong bin Abdullah, KPP I JSJN bersama isteri, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan pihak-pihak media.

Pengacara Majlis Membuka Tirai......

Bacaan Doa Oleh Bahagian Agama (BAKA) Bukit Aman...

Menadah Tangan Bagi Memberkati Majlis....

Upacara Penyempurnaan Serah Terima Tugas...

Ucapan Aluan YDH CP Datuk Noor Rashid Bin Ibrahim Pengarah JSJN Bukit Aman...

Ucapan Balas Oleh YDH DCP Dato' Othman Bin Harun Timbalan Pengarah 1 JSJN Bukit Aman

Bersama - Sama Menyanyikan Lagu Polis Sedia Berkhidmat....

Bergambar Kenangan.....

Ketika Sidang Media....
Wartawan/Jurufoto: L/kpl Helmi Bin Saadin