Alor Setar - 31 Oktober 2011
"Integriti
adalah penting untuk membantu dan memberikan perkhidmatan kepada
masyarakat dalam menguruskan tanggungjawab serta melaksanakan tugas yang
diamanahkan dengan lebih baik"
Demikian antara isi ucapan YDH DCP Dato' Ahmad Ibrahim, Ketua Polis Kedah ketika merasmikan Persidangan Agung Tahunan PPK/CPW, PPKP/CI dan PPRPD Ke-86 di Dewan Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Beliau menyahut
seruan kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada
rakyat telah memberikan peringatan tegas kepada semua peringkat pangkat
pegawai dan anggota PDRM serta pegawai awam yang bertugas di Kontinjen
Kedah, untuk lebih memantapkan lagi integriti masing-masing.
Tambah
YDH Ketua Polis Kedah lagi, jika ada isu atau permasalahan, setiap
pihak boleh membuat teguran tetapi ia perlulah dibuat secara sopan
santun dan tidak membangkitkan satu situasi yang mana ada pihak akan
disakiti.
"
Kerja kita sebagai polis adalah anugerah Allah. Tidak perlu untuk ego
atau rasa terlalu berkuasa. Hargailah anugerah Allah dan laksanakanlah
amanah Allah itu dengan sebaiknya di samping sentiasa bersyukur dengan
apa yang dinikmati ", ujar YDH Ketua Polis Kedah ketika menyentuh
mengenai isu sikap sebilangan pegawai PDRM dan pegawai awam yang tidak
mesra ketika berurusan dengan masyarakat.
"Kita
perlu bersatu padu serta mengukuhkan ikatan sedia ada, sekali gus
memberi keyakinan kepada masyarakat terhadap keupayaan PDRM ", tambah
beliau lagi.
Turut
hadir adalah YDH SAC Dato' Abdul Ghafar Rajab, Timbalan Ketua Polis
Kedah, Pegawai-pegawai Kanan Polis, Anggota-anggota Polis dan Pegawai
Awam.
Persidangan Aguang Ke-86 bagi
Sesi 2011/2012 merupakan satu wadah untuk membincangkan tentang
asal-usul kebajikan dan kecekapan pengurusan kenaikan gaji serta
persaraan. Di samping itu, aspek lain yang turut dibincangkan adalah
syarat-syarat perkhidmatan tanpa melibatkan soal kenaikan pangkat
individu atau disiplin yang dibenarkan mengikut peruntukan penubuhan
Persatuan Polis di bawah Seksyen 93, Akta Polis.
ACP
Aziz Mat Aris, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Kedah menyampaikan
cenderamata kepada YDH DCP Dato' Ahmad Ibrahim, Ketua Polis Kedah yang
telah merasmikan Persidangan Agung Tahunana PPKP/CPW, PPKP/CI dan PPRPD
Ke-86 bagi Kontinjen Kedah
Bergambar kenangan...Para Exco PPRPD Pusat bersama pucuk pimpinan PDRM, Kontinjen Kedah
Sebahagian daripada perwakilan yang hadir di Persidangan Agung Tahunan PPKP/CPW, PPKP/CI dan PPRPD Ke-86, Kontinjen Kedah
Sjn Mohd Azlan Mohd Noor menerima cenderahati daripada Sub Inspektor Mohd Rozi Haji Halim, Pengerusi PPRPD, Kontinjen Kedah
Wartawan : SM Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
Jurufoto : L/Kpl Fansus Jangor
Penyunting : L/Kpl Edwind Indo