Menu

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan ATM PDRM Bil. 1/2011

Kuala Lumpur - 22 Jun 2011

Pada pagi ini, satu mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan ATM-PDRM telah berlangsung di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Mesyuarat yang diadakan pada setiap tahun ini bertujuan untuk menggariskan Konsep Eksesais bersepadu di antara ATM dan PDRM.   
                     
Hadir pada pagi ini adalah Y.Bhg. Leftenen Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera, selaku ketua mewakili Angkatan Tentera Malaysia, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA selaku ketua mewakili PDRM. Turut hadir adalah Laksamana Muda Dato' Abd Hadi bin A. Rashid, Assisten Ketua Staf Operasi Dan Latihan Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia, YDH Dato' Abdul Rahman Hussin, Timbalan Pengarah 1 Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Dato'-dato' Pengarah ATM, Dato'-dato' Timbalan Pengarah ATM dan Pegawai-pegawai Kanan ATM/PDRM.

Kerjasama Operasi dan Latihan di antara ATM/PDRM sememangnya telah lama wujud secara adhoc (kasar) dan telah diformalisasikan pada tahun 2008. Hubungan yang semakin aktif  apabila Konsep Eksesais dilaksanakan dikenali dengan Eksesais BERSATU AMAN pada Jun, 2008. Ia adalah bagi mewacanakan bentuk kerjasama yang lebih terancang dan menyeluruh. Hasil daripada eksesais tersebut, banyak ruang kerjasama yang boleh diperbaiki bagi menjalinkan hubungan yang lebih profesional dan efektif. Ekoran itu, satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Program Kerjasama Dan Latihan antara ATM dan PDRM telah dibentuk dan ditandatangani 17 November 2008.

Objektif utama memorandum ini adalah untuk menghasilkan program kerjasama bagi memperluaskan dan mempertingkatkan lagi tahap pengetahuan serta tahap intelektual para pegawai serta peringkat anggota ATM dan PDRM.

Konsep Eksesais ini akan dilaksanakan pada setiap tahun dalam bentuk Eksesais Pos Pemerintahan dan diikuti dengan Latihan Medan Bersama Trup. Eksesais ini akan memberi fokus kepada operasi kepada operasi-operasi memulihkan seterusnya mencegah situasi ancaman Kenteraman Awam.








Dato'-dato' dan Pegawai Kanan ATM/PDRM beramah mesra sebelum Mesyuarat bermula


YDH Pengarah Jabatan KDN/KA bersama Y.Bhg. Ketua Staf Markas Angkatan Tentera di ruangan tetamu


Bergambar kumpulan sebelum mesyuarat bermula




Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Mejor Syamsul Arianas bin Daud, Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia


Pembuka tirai... Ucapan daripada Y.Bhg. Leftenen Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera

Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo dan L/Kpl Shahreel bin Shariman
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS