Menu

NUR-ALERT - Perlindungan Awal Daripada Pengabaian, Keganasan Dan Eksploitasi Terhadap Kanak-Kanak

Bukit Aman, 14 Mac - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Pasukan Petugas Sistem Amaran Awal Kehilangan Kanak-kanak (NUR-ALERT) Bil 1/2012 di Bilik Mesyuarat Pengarah KDN/KA, Tingkat 29, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Dipengerusikan oleh YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, agenda mesyuarat pada hari ini lebih memfokuskan kepada penambahbaikan sistem ini untuk membolehkan capaian maklumat berkenaan kehilangan kanak-kanak kepada petugas-petugas NUR-ALERT dan orang ramai.

Mesyuarat dihadiri oleh 31 perwakilan daripada pelbagai kementerian, jabatan serta agensi kerajaan dan swasta dari seluruh negara. 

Pewujudan sistem amaran awal kehilangan kanak-kanak yang dikenali sebagai NUR (National Urgent Response) Alert merupakan inisiatif kerajaan yang dipengerusikan oleh Polis DiRaja Malaysia bertujuan memastikan setiap kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah mendapat perlindungan daripada pengabaian, keganasan dan eksploitasi.

Mesyuarat ini telah berjaya mencambah minda serta mengutarakan beberapa cadangan yang bernas dalam menambahbaikan sistem Nur Alert pada masa akan datang. Penggunaan banner serta maklumat yang lebih 'catchy' akan digunakan supaya orang ramai lebih tertarik untuk memberikan respons terhadap kanak-kanak hilang di Malaysia.

Turut hadir, YDH DCP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Timbalan Pengarah Risikan/ Operasi JSJ, YDH SAC Dato' Huzir Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Khas D9 JSJ, Y.Bhg Encik Harjeet Singh a/l Hardev Singh, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mempengerusikan mesyuarat pada hari ini.

YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mempengerusikan mesyuarat pada hari ini.

Antara perwakilan daripada pelbagai kementerian, jabatan serta agensi kerajaan dan swasta.

Antara perwakilan daripada pelbagai kementerian, jabatan serta agensi kerajaan dan swasta.

Antara perwakilan daripada pelbagai kementerian, jabatan serta agensi kerajaan dan swasta.

Ahli-ahli mesyuarat menyuarakan pendapat berkenaan penambahbaikan Sistem NUR-Alert..

Wartawan & Jurufoto:    L/Kpl Irfan bin Bujang

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS