| "...Fokus
juga akan diberi dalam 6 operasi utama iaitu, operasi had laju, operasi
motosikal, operasi mabuk, operasi lorong kecemasan dan potong queue,
operasi lampu isyarat dan lain-lain operasi seperti lebih muatan, tali
pinggang dan topi keledar..." - YDH Ketua Polis Negara Subang Jaya, 16 Jan -
"Tanggungjawab, disiplin dan kepatuhan kepada peraturan dan
undang-undang jalan raya sebenarnya hendaklah bermula daripada pengguna
kenderaan itu sendiri dan kempen sebegini adalah sangat bertepatan adan
relevan untuk dilaksanakan secara berkala bagi membangkitkan dan
memperbaharui kesedaran serta keprihatinan masyarakat mengenai
keselamatan jalan rata dan harta benda," ujar YDH Tan Sri Ismail bin
Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena Majlis Pelancaran Op Sikap Ke-25
Dan Kempen Rumah Selamat 2012 Sempena Tahun Baru Cina di Kompleks
Persada PLUS, hari ini.
Mengulas
kenyataannya itu, faktor utama penyumbang kemalangan jalan raya ialah
sikap pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab dan bertimbang
rasa seperti tidak mematuhi tanda-tanda jalan dan had laju, melanggar
lampu isyarat, memintas kenderaan di garisan berkembar, mengekori
terlalu rapat, membelok tanpa memberi isyarat dan memasuki jalan utama
dengan memganggap kenderaan lain memberi laluan di mana ianya merupakan
penyebab kemalangan masih sukar untuk dibendung dan dikurangkan di
negara. Lebih Pelaksanaan Kepada Tindakan Penguatkuasaan Dan Operasi
Ops
Sikap Ke-25 ini akan menyaksikan PDRM lebih menumpukan kepada tindakan
penguatkuasaan dan operasi seperti tindakan undang-undang kepada
pesalah-pesalah trafik umpamanya saman serta-merta dan penekanan kepada
elemen POBC - Perception Of Being Caught terhadap pengguna jalan raya.
Fokus
juga akan diberi dalam 6 operasi utama iaitu, operasi had laju, operasi
motosikal, operasi mabuk, operasi lorong kecemasan dan potong queue,
operasi lampu isyarat dan lain-lain operasi seperti lebih muatan, tali
pinggang dan topi keledar. Konsep 3C Dalam Operasi
Bagi
memperkasakan kaedah penugasan dalam Op Sikap kali ini, PDRM telah
mengambil pendekatan terbaru dengan menerapkan elemen 3C sepanjang
operasi ini dilaksanakan.
Elemen Collaboration
umpamanya akan menyaksikan penglibatan secara langsung Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),
Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan
Pertahanan Awam (JPAM), Kementerian Kesihatan Malaysia, St.John
Ambulance, Persatuan Bulan Sabit Merah, Malaysia Instutute Of Road
Safety Research (MIROS), pihak media serta lain-lain agensi dan pihak
swasta.
Aspek Communication pula
memfokuskan kepada kelancaran saluran maklumat untuk memastikan
pencapaian matlamat Op Sikap kali ini kerana ianya membolehkan
keberkesanan tindakan-tindakan penguatkuasaan tanpa memberi sebarang
gangguan kepada pengguna jalan rata yang sedang bercuti, juga bantuan
daripada pihak-pihak media dalam memberi advokasi kepada masyarakat
supaya peraturan dan undang-undang jalan raya sentiasa dipatuhi.
Pendekatan-pendekatan baru turut diambil bagi mengaplikasikan aspek Creativity
sepanjang operasi ini di mana gandingan multy-agency serta kaedah
pelaksanaan pemikiran di luar kotak untuk memantapkan lagi pelaksanaan
penguatkuasaan dan operasi keselamatan jalan rata serta penggunaan
tanda-tanda amaran kehadiran penguatkuasa trafik di jalan-jalan yang
kerap berlaku kemalangan maut. Kempen Rumah Selamat
Seiring
dengan musim perayaan ini, majlis pada hari ini turut melancarkan
Kempen Rumah Selamat yang mensasarkan kepada keselamatan harta-benda dan
rumah yang ditinggalkan semasa pulang ke kampung halaman atau pergi
bercuti.
Orang
ramai digalakkan mengisi borang maklumat balik kampung yang boleh
dimuat turun di portal laman web rasmi PDRM atau di balai-balai polis
berdekatan dan diserahkan kembali setelah dilengkapkan bagi membolehkan
rondaan keselamatan oleh pihak polis di kawasan berkenaan.
Majlis
pada hari ini turut dihadiri YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rashid,
Pengarah KDN/KA, YDH Ketua-ketua Polis Negeri, YDH SAC Dato' Abd Aziz
bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, Y.Bhg Dato' Haji Solah bin Mat Hassan,
Ketua Pengarah JPJ, Y.Bhg Dato' Ir. Ismail bin Md. Salleh, Ketua
Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Y.Bhg Dato' Ir. Haji Mohamad
Nor bin Yacob, Ketua Pengarah JKR, Y.Bhg Dato' Noorizah Hj. Abd Hamid,
Pengarah Urusan PLUS Expressways Berhad, Y.Bhg Encik Gerald Leslie Leon,
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Y.Bhg Encik Mohd Nur
Isma bin Mohamed Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD dan wakil-wakil
media.

Ketibaan YDH DCP Dato Hj. Tun Hisan bin Hj. Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor...

Ketibaan YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rashid, Pengarah KDN/KA... 
Ketibaan YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara...

Antara barisan kehormat ketika menyanyikan lagu Negaraku... 
Pengerusi majlis menyampaikan kata-kata aluan... 
Bacaan doa dari Supt Hj. Ghazali bin Hj Daud...  
Hadirin menadah tangan memanjatkat doa...  Y.Bhg Encik Tajul Azwa bin Bani Hashim, Ketua Pegawai Operasi CEO PLUS Malaysian ketikan memberi ucapan... 
YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara ketika memberi ucapan dan merasmikan majlis tersebut...

Ketika gimik pelancaran... 
Ketika menyaksikan video...  
Penyampaian cenderahati... 
Antara tetamu yang turut hadir...       
Flag off pasukan bertugas...
Wartawan: L/kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin |