Menu

PDRM Komited Sebagai Agensi Penguat Kuasa Bebas Rasuah

Kuala Lumpur - 14 Mac 2012

"Signifikan pelancaran poster jauhi rasuah pada hari ini membuktikan kepada masyarakat bahawa PDRM sentiasa komited dalam membanteras rasuah dan ia bukan omong-omong kosong semata-mata kerana PDRM sentiasa mendekati rakyat" - YDH Ketua Polis Negara.

Konteks petikan ucapan membuktikan komitmen PDRM di bawah kepimpinan YDH Ketua Polis Negara yang mahu menjadikan PDRM sebagai sebuah badan penguatkuasa undang-undang bebas daripada unsur rasuah dapat dilihat melalui pelbagai usaha antaranya melalui Konsep 4P, selari dengan aspirasi untuk menjadikan setiap pegawai PDRM yang menerapkan nilai integriti tinggi.

Sejajar dengan komitmen kerajaan, PDRM dilihat turut serta dalam memberi sokongan kuat terhadap Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) - Malaysia bebas daripada unsur rasuah yang diterajui oleh YAB Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri Jabatan Perdana Menteri.

"Pada masa yang sama juga, masyarakat perlu memberi kerjasama kepada penguat kuasa undang-undang supaya mematuhi undang-undang kerana penguat kuasa undang-undang merupakan pelindung. Kepada masyarakat, saya menyeru supaya janganlah sesekali memberi dan menawarkan sogokan kepada pegawai penguat kuasa undang-undang, sesungguhnya gejala rasuah merupakan pemusnah negara", ujar YDH Ketua Polis Negara dalam suatu majlis Pelancaran Poster Jauhi Rasuah - PDRM-NKRA Banteras Rasuah yang berlangung di Esplande, Kuala Lumpur Convention Centre.

"Kini dalam era Information Overload yang mana rangkaian komunikasi adalah cukup efisien menyalurkan maklumat dengan pantas. Sesungguhnya kita boleh memanfaatkan sepenuhnya kecanggihan teknologi ICT ini dalam perkongsian maklumat di antara pihak Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. PDRM mahupun SPRM sentiasa menggalakkan orang ramai melaporkan apa jua maklumat mengenai salah laku rasuah disalurkan melalui talian Hotline yang tertera di poster Jauhi Rasuah ini", tegas YDH Ketua Polis Negara dalam ucapan perasmian beliau.

"Kajian di negara-negara maju menunjukkan terdapat empat jenis rasuah yang sering menjejaskan integriti kolektif sesebuah agensi penguatkuasaan undang-undang, iaitu rasuah individu secara kecil-kecilan, rasuah birokratik, rasuah jenayah dan rasuah politik", mengakhiri ucapan perasmian petang ini.

Turut hadir adalah YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Dato' Sri Abu Kassim bin Mohammad, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Y.Bhg Encik Ravindran Devagunam, Pengarah PEMANDU, Y.Bhg Dato' Haji Hisham bin Haji Nordin, Pengarah NKRA Membenteras Rasuah, Y.Bhg Dato' Haji Solah bin Mat Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, YDH Datuk Seri dan Datuk-datuk Pengarah PDRM, YDH Pesuruhjaya Polis, YDH Ketua-ketua Polis Negeri, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, wakil-wakil media dan masyarakat setempat.

Setelah selesai majlis, YDH Ketua Polis Negara sempat meluangkan masa mendekati serta beramah-mesra dengan masyarakat setempat sekitar KLCC. Majlis diakhiri dengan sidang media bersama wakil-wakil media yang hadir.




Antara Pegawai Kanan Polis yang hadir



Unit Pencaragam PULAPOL, Kuala Lumpur mengisi slot ketibaan Pegawai Kanan Polis dan YDH Ketua Polis Negara


Ketibaan YDH Dato' Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan..


Ketibaan YDH Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah


YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam


Antara anggota polis yang terlibat bagi melicinkan perjalan majlis..


Pegawai Kanan PDRM beramah-mesra dengan salah seorang pelancong asing..


Ketibaan YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara


Dari kiri... Y.Bhg Dato' Haji Hisham bin Haji Nordin, Pengarah NKRA Membanteras Rasuah, YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Tuan Azlan bin Mohd Said, General Manager Petronas Corporation Security Division



Bacaan doa oleh Supt. Haji Ghazali bin Haji Daud, Bahagian Agama dan Kaunseling Bukit Aman


Ucapan perasmian oleh YDH Ketua Polis Negara



Menyempurnakan pelancaran Poster Jauhi Rasuah PDMR-NKRA


Penyampaian Mock Poster kepada YDH Pengarah Jabatan Pengurusan



Penyampaian Cenderahati..


Bergambar kenangan..

Gambar sekitar walkabout YDH Ketua Polis Negara









Sidang media di Parkview 2, Mandarin Oriental Hotel


Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo












PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS