Menu

PDRM Kongsi Kaedah Menjaga Keselamatan Malaysia

Kuala Lumpur - 9 Mac 2012

"Keselamatan dan kesejahteraan yang di kecapi hari ini adalah terhasil daripada kerjasama semua pihak untuk menjamin negara sentiasa selamat dan aman. Di bawah tanggungjawab Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, petunjuk-petunjuk jenayah indeks dan jenayah jalanan pada masa ini adalah di dalam kawalan dan menunjukkan trend penurunan. Namun begitu, Polis Diraja Malaysia terus berusaha untuk menurunkan kadar jenayah di seluruh negara", kata YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, pagi ini di dalam satu siri pembentangan yang berlangsung di Dewan Hikmat, Kolej Briged Tentera Malaysia.

Seramai 165 orang peserta kursus 'Malaysian Command And Staff Course' yang terdiri daripada 80 Mejar Angkatan Tentera Malaysia, 22 Leftenan Komander Tentera Laut Diraja Malaysia, 21 Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia, 1 Deputy surprintendan PDRM dan 41 Pegawai Tentera daripada 27 buah Negara hadir dalam pembentangan tersebut.

Jenayah Cyber, isu keagamaan, ancaman keganasan, pemerdagangan orang, pengedaran dadah yang boleh mendatangkan impak kepada pemusnahan perpaduan sosial, melemahkan pertahanan ekonomi negara, melemahkan daya tahan negara dan penurunan nilai-nilai sosial masyarakat di antara isi pembentangan YDH Ketua Polis Negara, bertajuk Polis Diraja Malaysia Ke Arah Mengekalkan Keselamatan Dalam Negara.

"Dunia masa kini telah jauh berubah dan perubahan ini telah memaksa PDRM bertindak melakukan perubahan bersesuaian dengan situasi serta trend jenayah dalam era dunia tanpa sempadan. Bagi menghadapi suasana dan fenomena ini, pemikiran secara kreatif dan inovatif adalah amat perlu bagi memperkasakan PDRM dalam menghadapi arus globalisasi yang penuh cabaran", antara saranan yang dikongsikan oleh YDH Ketua Polis Negara.

Turut hadir adalah Y.Bhg Brigadier Jeneral Dato' Ismet Nayan bin Ismail, Komandan Kolej Briged Tentera Malaysia, Y.Bhg Kapten Khoo Eng Whatt, Ketua Pengurusan dan Penyelarasan Tentera Laut Diraja Malaysia, Y.Bhg Kapten Yee Tai Peng, Ketua Kakitangan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Y.Bhg Kolonel Mohd Adkaa bin Haji Solahuddin, Ketua kakitangan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Setelah selesai mendengar pembentangan, para peserta turut di beri peluang untuk mengajukan pertanyaan di dalam sesi soal jawab.


Ketibaan YDH Ketua Polis Negara


YDH Ketua Polis Negara menandatangani Buku Pelawat


Dimulakan dengan bacaan doa


DSP Mustaffa @ Kennedy bin Othman sebagai pengerusi majlis menyampaikan kata kata aluan...


Dari kiri... Y.Bhg Kepten Khoo eng Whatt, Y.Bhg Mohd Adkaa bin Haji Solahuddin, Y.Bhg Dato' Ismet Nayan bin Ismail dan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar



YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara ketika mempersembahkan pembentangan


Berehat sementara sebelum sesi seterusnya


YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan Brigadier Jeneral Dato' Ismet Nayan bin Ismail, Komandan Kolej Briged Tentera Malaysia sebagai jurupanel





Peserta - peserta kursus 'Malaysian Command And Staff Course'







Antara peserta kursus mengajukan soalan dalam sesi soal jawab


Y.Bhg Brigadier Jeneral Dato' Ismet Nayan bin Ismail, Komandan Kolej Briged Tentera Malaysia menyampaikan ucapan penutup...


Penyampaian Cenderahati...



YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersalaman dengan peserta kursus sebelum meninggalkan dewan


Akrab... Y.Bhg Panglima Angkatan Tentera sempat bertemu dengan YDH Ketua Polis Negara



Semangat keakraban PDRM dan ATM, dua agensi berlainan dengan satu matlamat...YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia..


Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo & L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS