Kuala Lumpur - 30 November 2011
Unit
Udara Polis Diraja Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari
1979. Pada 27 Disember 1979, Unit Udara Polis telah memperoleh kapal
terbang jenis Cessna Stationair CU 206 G (empat buah) dan
memperoleh Permit Operasi Udara pada 17 Jun 1980 oleh Jabatan
Penerbangan Awam (JPA). Bermula era itu, Unit Udara Polis mula
memperoleh jentera kapal terbang Pilatus Porter PC6 B2H4, (tujuh buah, 16 Julai 1986), Helikopter Ecureull AS 355 F2 (tiga buah, 21 Julai 1990), kapal terbang Cessna Caravan CE 208 (enam buah, 29 Septermber 1993), Helikopter Ecureull AS 355 N (lapan buah, 22 Julai 1997) dan kapal terbang Cessna Skyhawk 172 S (empat buah, 22 Oktober 2007).
Tertubuhnya
Pangkalan Unit Udara Polis di Ipoh (3 Jun 1991), Penubuhan Pangkalan
Unit Udara Polis Malaysia Timur di Kota Kinabalu (1 Disember 1991), Unit
Udara Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur (1 Julai 1998) dan Penubuhan
Pangkalan Unit Udara Polis Sarawak di Kuching (1 Septermber 2000)
membuktikan aset udara PDRM merupakan pengganda bagi memastikan keamanan
dan kesejahteraan negara terus berkekalan.
Namun
begitu, bagi memantapkan dan meningkatkan lagi pengalaman jurutera,
perkembangan maklumat jentera moden dan pengetahuan juruterbang di dalam
era baru, satu majlis Persidangan Dan Pameran Perkhidmatan Penerbangan Polis telah berlangsung di Prince Hotel, Kuala Lumpur, pagi ini.
Persidangan
dihadiri oleh YDH SAC Kamarulzaman bin Md Jan, Komander Unit Udara
Polis, Sungai Besi, YDH SAC Dato' Chuah Ghee Lye, Ketua Polis Melaka
(mantan Komander UUP Sg. Besi), YDH SAC Sahabudin bin Abd manan, Ketua
Penolong Pengarah (Komunikasi) Jabatan Logistik, Pegawai-pegawai Kanan
Unit Udara, Pegawai Kanan Polis Bukit Aman dan Penceramah-penceramah
dari negara luar.
Persidangan
pagi ini membolehkan Pegawai-pegawai Kanan Polis, Juruterbang dan
Jurutera Unit Udara Polis bertukar pendapat, menimba pengetahuan dan
pendedahan luas tentang sistem pentabdiran perkhidmatan penerbangan
polis negara luar.
Di akhir majlis, para hadirin berpeluang untuk melawat pameran di ruangan exhibitor showsace.

YDH SAC Kamarulzaman bin Md Jan, Komander Unit Udara Polis, Sungai Besi mewakili YDH Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan

Komander
Unit Udara Polis, Sungai Besi menerima cenderahati kenangan daripada
Laksamana Muda Sir Terry Loughran CB FRAeS, Royal Navy, United Kingdom

Officer Robert Price, Chief Pilot, berpendidikan Master Arts, National Security Studies dan SCUSB dengan ceramah Tactical Flight Officers (TFOs)

Sergeant Steve Roussell, Supervisor Air Support Division, Los Angeles Police Department, USA lulusan B.S Criminal Justice, California Lutheran University dengan ceramah Selection And Training Of Command Pilots

Superintendent Richard Watson, National Police Air Service, Kent Police, United Kingdom dengan ceramah Police Air Operation In The United Kingdom - Changing time...

Dr. Dudley Crosson, Aeromedical Liaison, ALEA (Airborne Law Enforcement Association, USA membawa ceramah Laser Strike Effects On The Flight Crew

Dari
kiri.. YDH SAC Dato' Chuah Ghee Lye, Ketua Polis Melaka (mantan
Komander UUP Sg. Besi), YDH SAC Kamarulzaman bin Md Jan, Komander Unit
Udara Polis, Sungai Besi dan YDH SAC Sahabudin bin Abd manan, Ketua
Penolong Pengarah (Komunikasi) Jabatan Logistik




Antara yang hadir

Antara penceramah-penceramah pagi ini
Sesi soal jawab







Bertukar pendapat semasa ruangan refreshment break and networking
Pameran di ruangan exhibitor showsace









Bergambar kenangan bersama penganjur majlis
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo