Menu

Pemimpin Tertinggi PDRM Menghadap Agong

Kuala Lumpur - 16 Mac 2012

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al Marhum Sultan Badlishah, berkenan menerima menghadap delegasi pucuk pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Delegasi yang diketuai oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara itu turut diiringi oleh YDH DIG Dato' Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara serta YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM dan Y.Bhg Pengerusi-Pengerusi PERKEP Jabatan PDRM.

Delegasi PERKEP Malaysia diketuai oleh Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati Haji Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia serta Y.Bhg Datin Sri Imran Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia diiringi oleh Pengerusi-Pengerusi PERKEP Jabatan PDRM.

Turut berangkat, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.


Bergambar kenangan Pucuk Pimpinan tertinggi PDRM dan PERKEP Malaysia bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al Marhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah


Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar mempersembahkan cenderamata kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al Marhum Sultan Badlishah


Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati Haji Md. Sobri mempersembahkan cenderamata kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah


Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al Marhum Sultan Badlishah diiringi oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara


YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar (Tengah) bergambar kenangan bersama Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM


Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati Haji Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia bergambar bersama Y.Bhg Datin Sri Imran Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia bersama Y.Bhg Pengerusi PERKEP Jabatan PDRM


Bergambar Kenangan.. Antara Pegawai-Pegawai Kanan Polis yang hadir


Wartawan/Jurufoto : SM Megat Nizar bin  Megat Uda Abdullah
Penyunting : L/Kpl Edwind Indo






PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS