Port-Dickson - 30 Julai 2011. Berpegang teguh kepada konsep 'National Blue Ocean Strategy', kerjasama erat dua pasukan keselamatan, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia telah membentuk paduan tenaga yang jitu dalam mempertahankan tanah air Malaysia. Sesungguhnya, kerjasama ini akan menjadi sejarah tersendiri di antara Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.
Perbarisan Tamat Latihan Perdana Siri 1/2011 (National Blue Ocean Strategy) pada pagi ini, di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) Port-Dickson ini merupakan satu pendekatan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy), mengabungkan 2 pasukan keselamatan bagi mencapai hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia.
Ia tercapai semasa mesyuarat pertama National Strategy Execution Summit (NSES) - National Blue Ocean Strategy (NBOS) 2 - (A Blue Ocean Strategy Accross The Police and Military) pada 20 Julai 2010 yang menggariskan 3 perkara yang melibatkan kerjasama PDRM dan ATM iaitu, mengadakan Program Latihan Asas Kepolisan menggunakan kemudahan tentera, melaksanakan tugas rondaan polis bersama anggota tentera dan pelantikan bekas anggota tentera untuk berkhidmat dalam PDRM.
Kolaborasi bersama ini telah memberi impak besar dari segi penjimatan kos dan kerajaan dijangka akan berjaya menjimatkan kos sebanyak RM639 juta dalam masa 5 tahun.
Perbarisan Perdana pada pagi ini melibatkan 17 Pegawai Tentera Darat dan 7 Pegawai Kanan PDRM, manakala bagi anggota Tentera darat adalah seramai 45 anggota dan 18 anggota pangkat rendah dari Polis Diraja Malaysia. Gabungan Perajurit Muda Angkatan Tentera Malaysia dan Pelatih Polis Diraja Malaysia adalah seramai 3091 anggota.
Perajurit Muda Tentera Darat telah mula menjalani latihan ketenteraan bermula pada 3 Januari 2011. Seramai 2107 orang Perajurit Muda terdiri daripada 1913 orang Perajurit Muda Lelaki dan 194 orang Perajurit Muda Wanita telah berjaya menamatkan latihan pada hari ini.
Tempoh enam bulan (18 Januari 2011) berada di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) telah diharungi oleh seramai 984 orang pelatih Konstabel dengan semangat yang tinggi untuk mendisiplinkan diri dan pasukan. Tanpa mengira bangsa dan agama, mereka bersatu bagi membentuk semangat setiakawan dalam pasukan PDRM. Dalam tempoh ini, para pelatih telah diterapkan dengan budaya hidup polis yang membentuk personaliti dan sikap yang positif. Budaya ini akan terus menjadi amalan apabila bertugas di pelbagai formasi polis kelak.
Perbarisan Tamat Latihan Perdana Siri 1/2011 (
National Blue Ocean Strategy), PUSASDA Port-Dickson telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada pagi yang bersejarah ini.
Hadir sama di Perbarisan Tamat Latihan Perdana Siri 1/2011 ialah YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, YAB Dato' Seri Utama haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan, T.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara dan YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Turut hadir pagi yang ceria dan bersejarah ini ialah Y.Bhg Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera, YDH IGP Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.
Hadir sama ialah, Y.Bhg Dato'- Dato' Ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, Y.Bhg. Dato'-Dato' Panglima Tentera Darat/Udara/Laut, Pegawai-pegawai Kanan PDRM/ATM, Dif-dif jemputan, wakil-wakil media dan ahli keluarga.
"Kerajaan hanya memperuntukkan sejumlah RM1 juta sahaja untuk Polis Diraja Malaysia mengadakan latihan di PUSASDA dan kerajaan berjaya menjimatkan kos dengan membuat Pusat Latihan Polis yang baru, berjumlah hampir RM 150 juta, yang memerlukan masa dua tahun setengah untuk di siapkan dan hanya mampu menempatkan seramai 400-500 orang petalih sahaja", ucap YAB Perdan Menteri Malaysia.
"Buat kali pertama dalam sejarah negara, tembok pemisah antara Polis dan Tentera berjaya di pecahkan, tidak lagi bergerak bersendirian, sekarang boleh berjabat tangan, bermuafakat, berbincang dan merupakan rakan kongsi yang saling bantu membantu demi kepentingan agama, bangsa dan negara"
"Majlis ini merupakan titik permulaan kepada kerjasama yang erat dan padu antara Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di mana penubuhan daripada kerjasama ini, negara akan mendapat mendapat keuntungan dan kerajaan akan menjimatkan perbelanjaan", harapan YAB Perdana Menteri Malaysia.
"Kita mesti memahami bahawa persekitaran kita sudah berubah tetapi memenangi hati rakyat dan fikiran rakyat adalah asas untuk kita berjaya sebagai anggota polis dan anggota tentera dan saya yakin serta percaya kita boleh menampilkan pendekatan ini. Kita perlu memperlihatkan imej yang positif, kita perlu menunjukkan penampilan dan sikap yang positif juga, yang akan sentiasa di sanjung tinggi dan di hormati oleh rakyat, maka dapatlah menjalankan tugas kita untuk menjaga keselamatan negara", amanat oleh YAB Perdana Menteri Malaysia kepada Perajurit Muda dan Pelatih Konstabel.

Perbarisan pada pagi ini dimulakan dengan Panggilan Tanda

Perbarisan pagi ini diketuai oleh Mejar Rosman bin Mohd Noh dan DSP Douglas Nyeging Taong

Ketibaan YDH IGP Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama Puan Sri Datin Sri Hajah Suriati binti Md Sobri

YDH Ketua Polis Negara membalas tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan

Ketibaan Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia

Ketua Polis Negara bersama Panglima Angkatan Tentera

YB Menteri Pertahanan Malaysia

Ketibaan YB Menteri Dalam Negeri

YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

Akrab... Bergambar di hadapan ribuan Konstabel Pelatih dan Perajurit Muda

Bergambar kenangan bersama Ketua Setiausaha KDN dan Timbalan Menteri Dalam Negeri

Ketibaan YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan

Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia

YAB Perdana Menteri Malaysia membalas Tabik Hormat Perdana daripada Kawalan Kehormatan

Pemeriksaan Perbarisan... YAB Perdana Menteri Malaysia diiringi oleh YDH Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Panglima Angkatan Tentera Malaysia
Perbarisan Berjalan Lalu dalam Masa Perlahan dan Cepat oleh Pelatih Konstabel Dan Perajurit Muda

Pancaragam gabungan... Pancaragam Pusat PDRM dan Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja

Penyampaian hadiah dan Piala Pusingan kepada Pelatih Konstabel dan Perajurit Muda Terbaik

Perajurit Muda Mohd Nur Amirul bin Muntil, Perajurit Muda Lelaki Keseluruhan Terbaik bersama piala dan Pelatih Konstabel Md Khairul Razee bin Ramli, Konstabel Lelaki Terbaik Keseluruhan menerima hadiah daripada YAB Perdana Menteri Malaysia

Ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia

Ikrar Taat Setia PDRM

Antara Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir

Simbolik... Tiga Tombak Berlok Tujuh Bersilang, Lambang jalinan kerjasama strategik ATM dan PDRM. Strategi Lautan Biru Kebangsaan

YAB Perdana Menteri Malaysia menandatangani Buku Pelawat

Bergambar bersama pemenang hadiah bagi Perajurit Muda dan Pelatih Konstabel terbaik

Satu Malaysia...

Perajurit Muda dan Pelatih Konstabel terbaik
Pameran PDRM dan ATM
Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
L/Kpl Edwind Indo
L/Kpl Mohd Shareel bin Shahriman
L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin
Penyunting : Insp Md Aruwan bin Md Amilah