Bukit Aman, 17 November 2011 - Pihak Polis akan bekerjasama dengan
jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Persatuan
Bulan Sabit Merah (PBSM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi
menghadapi bencana banjir yang diramalkan akan berlaku di antara hujung
tahun ini dan awal tahun depan.
"Police
will lead the operation", begitulah ujar YDH CP Dato' Salleh bin Mat
Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
(KDN/KA). Pihak polis menggesa agar masyarakat haruslah peka teradap
keadaan semasa tentang hebahan di media massa terhadap bencana ini.
Pihak polis akan menggerakkan semua elemen-elemen di bawah KDN/KA
seperti Polis Gerakan Am (PGA), Polis Gerakan Marin (PGM), Pasukan
Simpanan Persekutuan (PSP) atau lebih dikenali dengan Federal Reserve
Unit (FRU) dalam persediaan menghadapi bencana banjir ini.
Satu
pasukan Crisis Management Team juga akan ditubuhkan yang berpusat di
pangkalan-pangkalan PGA di semua kontinjen dan akan dikendalikan oleh
Komander-komander Briged. Crisis Management Team ini akan memberi
bantuan sokongan kepada kontinjen dan daerah yang menjadi mangsa bencana
ini.

=
YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) semasa sidang media.

Wakil-wakil pegawai dari Jabatan KDN/KA dan wakil-wakil media yang turut hadir semasa sidang media.
Jurufoto & Wartawan : Konst Raymond