Menu

Polis Raikan Media

9 Mac 2012 - "Journalist is a grumbler, a censurer, a giver of advice, a regent of sovereigns, a tutor of nations. Four hostile newspapers are more to be feared than a thousand bayonets" kata Tan Sri Hj. Ismail Bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya di dalam Majlis Malam Polis Dan Media 2012 yang telah berlangsung di Dewan Pengaman, PULAPOL Kuala Lumpur.

Majlis yang bertemakan "Polis Dan Media Berpisah Tiada" turut meghimpunkan wakil-wakil media tempatan yang terdiri daripada media cetak, media elektronik, media sosial dan syarikat-syarikat produksi adalah bertujuan simbolik kepada pertalian akrab di antara kedua-dua agensi yang seterusnya membentuk simbiosis selari dengan saranan pucuk pimpinan negara supaya semua sektor, sama ada awam atau swasta, meningkatkan budaya.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Yong Soo Heong Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Yang Berbahagia Datuk Seri Wong Chun Wai Ketua Kumpulan Pengarang dan Pengarah Eksekutif The Star, Yang Berbahagia Datuk Kamarudin bin Md Ali Naib Pengerusi Dua MCPF, Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Robert Phang Ahli EXCO MCPF, Yang Berbahagia Datuk Haji Yusof Haslam Pengarah Urusan Skop Productions Sendirian Berhad, Yang Berbahagia Encik Eugene Teh Yee Director for Crime NKRA PEMANDU, Yang Berbahagia Datuk Abdul Aziz Ishak Ketua Pengarang Malaysia Kumpulan Utusan  Berhad, Yang Berbahagia Encik Abdul Jalil Abdul Hamid Ketua Kumpulan Pengarang NSTP Pengarah-Pengarah PDRM, Ketua-Ketua Polis Negeri dan Ketua-ketua Pengarang Kumpulan dan Editor, wartawan – wartawan serta pegawai-pegawai kanan PDRM.


Ketibaan YDH IG, Tan Sri Haji Ismail bin omar, Ketua Polis Negara..


Ketua polis negara dan pengarah-pengarah media mengambil tempat..


Pengarah Bernama memberikan ucapan..


YDH IG, Tan Sri Haji Ismail bin omar, Ketua Polis Negara memberikan ucapan..








Sesi Penyampaian sijil kepada wakil media..


Pengacara yang mengamatkan suasana majlis..




Acara cabutan bertuah..


Persembahan memeriahkan suasana majlis..


A.Galak turut menyumbangkan suara..



Persembahan orang kuat PDRM yang memukau...


YDH IG, Tan Sri Haji Ismail bin omar, Ketua Polis Negara turut menyumbangkan lagu..




YDH IG, Tan Sri Haji Ismail bin omar, Ketua Polis Negara beramah mesra bersama wakil-wakil media...

Wartawan         : L/Kpl Shareel bin Shariman
Jurugambar      : L/Kpl Shareel bin Shariman & Konst. Muhammad Iqtar bin Azmi  

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS