Ipoh,
18 Oktober 2011 - 'Ahli sihat, pasukan kuat', itulah slogan yang
dipegang oleh para ahli Persatuan Pegawai Pangkat Rendah Polis Diraja
Malaysia (PPRPD), Kontinjen Perak, sehingga terbukti berpersatuan dapat
mengeratkan hubungan sesama mereka pada semua peringkat pangkat.
Sehubungan
itu, sempena Persidangan Agung PPRPD, Kontinjen Perak ke 82, satu sesi
dialog bersama Pengerusi PPRPD Kontinjen Perak dan Exco PPRD Pusat
diadakan di Cityhill Hotel, Ipoh, Perak, bagi memberi pendedahan
mengenai isu-isu semasa pasukan demi keutuhan pasukan yang disayangi.
Menurut Sub Insp.
Norraji Rojo, Pengerusi PPRPD Kontinjen Perak, pada persidangan itu,
terdapat dua sesi diadakan. Sesi pertama pembentangan usul-usul daripada
para ahli dan kedua berdialog secara telus dengan para Ecxo PPRPD
Pusat, mengenai isu semasa dan arahan terkini pasukan.
Antara ahli Exco PPRPD
Pusat yang hadir berdialog ialah Sub. Insp. Mohd Rozi Hj. Halim,
Pengerusi PPRPD Kontinjen Kedah, Sub. Insp.Abdul Malek Baharuddin,
Pengerusi PPRPD Kontinjen Perlis dan Sjn. Shaharuddin Che Mat,
Setiausaha PPRPD Pusat.
"Antara perkara yang
dibangkit di sesi dialog itu ialah mengenai proses kenaikan pangkat dan
soal kebajikan ke atas semua peringkat pangkat dalam pasukan", ujar Sub
Insp. Norraji Rojo yang amat berpuas hati dengan kematangan para ahli
mengemukakan soalan dan kehadiran yang amat mengalakkan.

Para ahli PPRPD Kontinjen Perak sedang mendengar taklimat.

Sub
Insp. Norraji Rojo Pengerusi PPRPD Kontinjen Perak (kanan) menyerahkan
'hamper' kepada Sjn. Shaharuddin Che Mat, Setiausaha PPRPD Pusat.

1Malaysia, 1Pasukan, pucuk pimpinan PPRPD Kontinjen Perak bergambar kenangan diakhir mesyuarat.
Wartawan : SM Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
Jurufoto : Kons. Raymond bin Martin