Cyberjaya - 01 November 2011
Pada
02 September 2011, negara dikejutkan dengan kematian seorang jurukamera
Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, 41, selepas terkena tembakan di bahu
menembusi paru-paru beliau semasa menyertai liputan Misi Kemanusiaan
Kelab Putra 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia.
Rentetan daripada insiden tersebut, pagi ini bertempat Dewan Wawasan Perdana, Markas SMART, Pulau Meranti, Cyberjaya,
Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri buat julung kalinya telah menganjurkan
Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan kepada 80 orang peserta dari Badan-Badan Kerajaan dan NGO yang secara langsungnya terlibat dengan Misi Bantuan Kemanusiaan
.
Menjayakan
program sulung ini adalah Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am Polis Diraja
Malaysia, Jabatan Kecemasan Dan Trauma, Hospital Selayang dan United
Akrab Teach Sdn. Bhd.
Y.Bhg
Datuk Mohamed Thajudeen bin Abdul Wahab, Setiausaha Majlis Keselamatan
Negara telah merasmikan program pada pagi ini. Turut hadir Y.Bhg Encik
Ogu Salim bin Omar, Setiausaha Bahagian Pengurusan Bencana Majlis
Keselamatan Negara, Supt. Shahrin bin Ahmad, Bahagian Pengurusan Bencana
MKN, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Bantuan
Kecemasan Hospital Kuala Lumpur, MERCY Malaysia, Jabatan Bomba Dan
Penyalamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,
Special Malaysia Search And Rescue Team (SMART) dan wakil-wakil Media.
Program
dimulakan dengan sesi Taklimat 1 oleh ASP Mohd Shukor bin Yusof, Ketua
Jurulatih Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am PDRM dengan tajuk 'Mission
Experience'. Taklimat mendedahkan kepada para peserta tentang pengalaman
ketika menjalani misi bantuan kemanusiaan di luar negara.
Objektif
utama taklimat ini adalah bagi menyediakan garis panduan keselamatan
asas untuk membantu diri sendiri ketika menghadapi situasi tegang,
sekali gus meningkatkan kesedaran keselamatan semasa berada di negara
konflik. Setelah selesai taklimat, satu demonstrasi dipertontonkan
kepada peserta-peserta di perkarangan letak kereta, Markas SMART.
Demonstrasi berkaitan teknik-teknik menyelamatkan diri ketika menghadapi
serangan hendap serta tatacara perlindungan keselamatan diri yang
dibawakan oleh Jurulatih Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am, PDRM.
Sesi
taklimat 2 pula dibawakan oleh Y.Bhg Datuk Dr. Mohamed Alwi bin Haji
Abdul Rahman, Pakar Perubatan Kecemasan dan Pengurusan Bencana, Jabatan
Kecemasan dan Trauma, Hospital Selayang bertajuk 'Bantuan
Kecemasan/Medic/Gunshot Wounds'. Taklimat ini mendedahkan para peserta
mengenai jenis-jenis bantuan kecemasan ketika berhadapan dengan luka
tembakan, letupan bom, akibat kimia dan sebagainya ketika menjalankan
tugas misi kemanusiaan.
Seterusnya disusuri oleh demonstrasi 'Ceasar/
Human Simulator oleh United Akrab Teach Sdn. Bhd
. Di akhir program, para peserta turut menjalani latihan amali di Perkarangan Letak kereta, Markas SMART.

Ucapan Perasmian, Y.Bhg. Datuk Mohamed Thajudeen bin Abdul Wahab, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Superintenden
Shahrin bin Ahmad, Bahagian Pengurusan Bencana MKN menceritakan
pengalaman beliau ketika menyertai misi kemanusiaan di luar negara

Y.Bhg.
Datuk Dr. Mohamed Alwi bin Hj. Abdul Rahman, Pakar Perubatan Kecemasan
& Pengurusan Bencana, Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital
Selayang menyampaikan taklimat..

Ketua
Jurulatih, ASP Mohd Syukor bin Yusof dari Pusat Latihan Pasukan Gerakan
Am, Briged Utara, Ulu KInta menyampaikan taklimat bertajuk 'Mission
Experience'

Wakil-wakil daripada Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia..

Dari Hospital Kuala Lumpur dan rakan-rakan media...

Demonstrasi dari United Akrab Tech Sdn. Bhd

"Kekuatan
semangat dan kewarasan pemikiran adalah kunci utama ketika kita berada
di dalam situasi ini", ujar Y.Bhg Datuk Dr. Mohamed Alwi bin Haji Abdul
Rahman.

Demonstrasi
menggunakan Human Simulator dan Portable Integrated Life-Support
System. Peralatan yang canggih ini sesuai untuk latihan bantuan
kecemasanm
Demonstrasi serangan hendap dan teknik/tatacara perlindungan keselamatan diri

Peserta-peserta program mendengar taklimat dari ASP Mohd Syukor bin Yusof

Ingin mencuba..topi keselamatan kepada wakil dari MERCY Malaysia

Membantu rakan memakai topi keselamatan..

Baju kalis peluru jenama Spectra Shield II

Teknik Pergerakan apabila di serang hendap...untuk mencari tempat perlindungan, Lari Monyet

Lari Membongkok

Berjalan Hantu

Rangkak Budak...

Rangkak Merusuk

Rangkak Perut..

Perlindungan di tempat tinggi apabila berlaku serangan hendap...

Perlindungan di tempat sederhana

Tempat rendah...

Tempat nipis..

Teknik perlindungan di kenderaan apabila serangan hendap datang dari sebelah kanan

Perlindungan di kenderaan apabila serangan hendap dari sebelah kiri

Serangan hendap dari hadapan

Serangan hendap dari belakang...

Gabungan jenis-jenis pergerakan keluar dari kenderaan yang di serang hendap dan mencari tempat perlindungan...

Taklimat sebelum Latihan Amali oleh peserta kursus...
Gambar-gambar Latihan Amali oleh peserta kursus









Peserta Program Perlindungan Keselamatan Peribadi dan Bantuan Kecemasan bergambar kenangan di perkarangan Markas SMART Malaysia
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : Sjn Zaiddin Dahalan dan L/Kpl Edwind Indo