Menu

Selamat Berangkat Dan Selamat Kembali Ke Tanahair...

Sepang - 13 Mei 2011. " Selamat berangkat dan selamat menjalankan tugas serta selamat kembali ke tanah air dalam keadaan yang sihat sejahtera kepada semua pegawai dan anggota PDRM Briged Utara PGA serta Pegawai Perubatan ATM", ucap YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM semasa melepaskan pemergian mereka untuk memikul amanah dan seruan antarabangsa, di Balai Pelepasan Domestik, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, malam ini.


Pemergian rombongan kedua pasukan Formed Police Unit (FPU) yang disertai oleh pegawai dan anggota dari Briged Utara PGA ini adalah menggantikan Briged Sabah PGA yang akan kembali ke tanah air pada esok hari. Selain daripada itu, seramai 38 orang pegawai dan anggota UNPOL juga akan menggantikan 38 UNPOL, yang turut kembali ke tanah air pada esok hari juga.


Daripada seramai 38 orang UNPOL, seramai 4 pegawai wanita turut menyertai misi ini dan merupakan lembaran sejarah yang baru dicipta, memandangkan sebelum ini hanya seorang pegawai wanita pernah terlibat menyertai misi PBB iaitu Seperintendan Ng Guat Choo.


Kumpulan kedua yang akan berlepas ini terdiri daripada 53 anggota termasuk pembantu pegawai perubatan ATM ( 2 orang) yang diketuai oleh Timbalan Komander FPU, ASP Naim bin Abdullah dan kumpulan UNPOL pula diketuai oleh Superintendan Lim Eng Haw.


"Sebagai wakil negara, jagalah etika dan disiplin semasa bertugas di tempat orang, tunjukkanlah kualiti disiplin yang tinggi dan bertugaslah secara profesional. Ingatlah kepada pepatah kita, 'Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung', nasihat YDH Pengarah Pengurusan.


"Amalkan Konsep 4P yang diperkenalkan oleh YDH Ketua Polis Negara di dalam menjalankan tugas diperantauan dan berikanlah perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat dan masyarakat tempatan, jadilah pelindung  dengan menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang dan proaktif demi untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan kepada rakyat Timor Leste", akhiri ucapan oleh YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani.


Turut hadir di Majlis Pelepasan Pegawai/Anggota FPU dan UNPOL ke Misi Pengaman PBB Timor Leste ialah YDH DCP Dato' Wira Mohammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah (Kepolisan/Pencegahan/Jenayah) Jabatan KDN/KA, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH SAC Dato' Azman bin Yusof, Komander Briged Utara, YDH SAC Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah, Y.Bhg. Kolonel Dr. Haji Mohamed Hatta bin Haji Manis, wakil Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.



Ucapan oleh YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM


Anggota Misi Pengaman PBB yang akan berlepas ke Timor Leste...


Antara pegawai-pegawai dan anggota UNPOL serta FPU...


YDH Pengarah Pengurusan beramah mesra bersama Superintendan Lim Eng Haw dan ASP Naim bin Abdullah


'Tahniah dan selamat menjalankan tugas', ucap YDH Dato' Robiah kepada C/Insp Jasman bin Junaidi


YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) bersama dua pegawai wanita yang akan menyertai Misi Pengaman PBB ke Timor Leste


YDH Pengarah Pengurusan PDRM bergambar kenangan bersama 4 orang pegawai wanita yang akan menyertai Misi Pengaman PBB ke Timor Leste


dari kanan... YDH DCP Dato' Wira Mohammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah (Kepolisan/Pencegahan/Jenayah) Jabatan KDN/KA, Y.Bhg. Kolonel Dr. Haji Mohamed Hatta bin Haji Manis, YDH Pengarah Pengurusan PDRM dan YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran)


dari kiri...YDH SAC Dato' Azman bin Yusof, Komander Briged Utara bersama YDH SAC Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah.


Jamuan ringan...


Selamat Jalan...


YDH DCP Dato' Wira Mohammad Sabtu bin Osman juga mengucapkan selamat jalan kepada pegawai dan anggota UNPOL dan FPU


Bersiap sedia memikul amanah dan seruan antarabangsa...


Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan

918 comments

Leave a comment
  1. Rohit | Dec 27, 2023
  2. Rohit | Dec 27, 2023
  3. Rohit | Dec 27, 2023
  4. Home | Dec 27, 2023
  5. ROhit | Dec 27, 2023
  6. Rohit | Dec 27, 2023
  7. Rohit | Dec 27, 2023
  8. Rohit | Dec 27, 2023
  9. Rohit | Dec 27, 2023
  10. Rohit | Dec 27, 2023
  11. Rahul | Dec 27, 2023
  12. Priya | Dec 27, 2023
  13. Radha | Dec 27, 2023
  14. Reena | Dec 27, 2023
  15. Vibha | Dec 27, 2023
  16. Ravi | Dec 27, 2023
  17. Veena | Dec 27, 2023
  18. Vikas | Dec 27, 2023
  19. Roopa | Dec 27, 2023
  20. tinky | Dec 27, 2023
  21. teena | Dec 27, 2023
  22. arun | Dec 27, 2023
  23. CASD | Dec 27, 2023
  24. asd | Dec 26, 2023
  25. asd | Dec 26, 2023
  26. asd | Dec 26, 2023
  27. asd | Dec 26, 2023
  28. asdf | Dec 26, 2023
  29. assd | Dec 26, 2023
  30. asdf | Dec 26, 2023
  31. zaffar | Dec 25, 2023
    Hello! I know this is kind of off topic but I was wondering if you knew where I could get a captcha plugin for my comment form? I’m using the same blog platform as yours and I’m having trouble finding one? Thanks a lot!FORTUNE TIGER
  32. dhreeja | Dec 24, 2023
  33. Sibha | Dec 24, 2023
  34. Vibha | Dec 24, 2023
  35. Priya | Dec 24, 2023
  36. qk | Dec 24, 2023
    thanks this is good blog. Jago168 slot dan
  37. qk | Dec 24, 2023
    You have outdone yourself this time. It is probably the best, most short step by step guide that I have ever seen. pasar123 login
  38. zafffar | Dec 23, 2023
    I am eager the set up. It is wonderful to determine many people explain in words from your nature as well as capability upon which basic subject region are usually easily discovered.pasar123 login
  39. qk | Dec 23, 2023
    I found this is an informative and interesting post so i think so it is very useful and knowledgeable. I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article. Lektoto
  40. sita | Dec 23, 2023
  41. veera | Dec 23, 2023
  42. vikas | Dec 23, 2023
  43. vani | Dec 23, 2023
  44. rahul | Dec 23, 2023
  45. asin | Dec 23, 2023
  46. asd | Dec 22, 2023
  47. dfg | Dec 22, 2023
  48. asd | Dec 22, 2023
  49. xbb | Dec 22, 2023
  50. cfg | Dec 22, 2023

    Leave a comment

    PDRM Facebook
    PDRM Twitter
    PDRM Instagram
    PDRM RSS