Menu

SK Tunku Mahmood 1 Menjelmakan Saat Awal Persekolahan KPN

Kluang - 2 Mac 2011

Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 1, Kluang, Johor sebuah nama yang biasa di dengar. Namun, bagi YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara gamit banyak nostalgia di sekolah itu malahan sekolah itu jugalah tempat beliau telah diberikan didikan awal.

"Masih segar dalam ingatan saya, bagaimana di usia anak-anak di hadapan saya pada hari ini, kami belajar dan bermain di sekolah ini dengan penuh ceria serta bergaul dengan rakan-rakan dari pelbagai lapisan bangsa dan agama", ujar YDH Ketua Polis Negara dalam ucapan beliau mengenang kembali detik-detik sejak lebih daripada 40 tahun yang lalu.

Menyedari masalah remaja masa kini disebabkan kurangnya penekanan rohani, YDH Ketua Polis Negara mengingatkan para pelajar agar tidak mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang bermasalah.

"Saya hendak mengingatkan anak-anak semua bahawa asas disiplin dan tingkah laku kita bermula daripada pendidikan agama. Titik tolaknya, kita mestilah buat apa saja yang di suruh agama dan tinggalkan apa-apa yang tidak baik. Jika asas agama kita kuat, maka kuatlah disiplin kita", tambah YDH Ketua Polis Negara.

"Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersusah-payah mengadakan majlis yang paling manis dan saya merasa amat seronok sekali apabila dapat bertemu semula dengan rakan-rakan sekelas sekitar tahun 60-an dahulu. Saya berharap serta mendoakan semua anak-anak murid khususnya dari sekolah ini akan berjaya ke peringkat lebih tinggi selain sebagai Ketua Polis Negara kelak dan menjadi orang yang akan berbakti kepada negara", YDH Ketua Polis Negara menyampaikan pesanan kepada murid-murid yang hadir.

Kehadiran YDH Ketua Polis Negara sempena Program High Profile Policing anjuran Kontinjen Johor pagi ini telah disambut meriah oleh Guru-guru, Murid-murid dan para tetamu jemputan. Program turut dimeriahkan dengan persembahan pelajar sekolah dan lawatan ke kelas blok Efektif.

Antara yang hadir adalah Y.Bhg Puan Sri Hjh Suriati Hj. Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH Dato' Mohd Mokhtar bin Haji Mohd Shariff, Ketua Polis Johor, Y.Bhg Tuan Haji A. Manaf bin Muslimin, Pegawai Pelajaran Daerah Kluang, Y.Bhg Encik Sulaiman bin Salleh, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 1, Y.Bhg Dr. Mohamed Farid bin Ahmad, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 1, YDH SAC Dato' Rusli bin Ahmad, Ketua Urusetia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), YDH SAC Dato' Ismail bin Yatim, Timbalan Ketua Polis Johor, Guru-guru, Murid-murid, Tetamu Jemputan dan Rakan Media.

Program High Profile Policing dijadualkan dengan lawatan ke rumah isteri Pegawai Kanan Kluang oleh rombongan daripada PERKEP Kontinjen Johor dan Daerah Kluang diketuai oleh Y.Bhg Puan Sri Hjh Suriati Hj. Md. Sobri, Sembahyang Jumaat di Masjid Jamek, Bandar Kluang, Walkabout oleh YDH Ketua Polis Negara di Kluang Mall serta perjumpaan dengan Ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang dan Anggota-anggota Pangkat Rendah.


YDH Ketua Polis Johor bersama guru-guru antara menanti ketibaan YDH Ketua Polis Negara


Ketibaan YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg Puan Sri Hjh Suriati Hj. Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia


Pasukan Silat memberikan sembah hormat ke atas ketibaan YDH Ketua Polis Negara


Ketua Persatuan Pengakap memberikan laporan




Murid-murid berpusu-pusu untuk bersalaman dengan YDH Ketua Polis Negara


Melawat kelas lama dan membaca hasil nukilan adik Nur Zahrina Nadhirah binti Zaharudin, salah seorang pelajar kelas 5 Mutiara





Berjumpa dengan bekas rakan sekelas 60an



YDH Ketua Polis Negara bersama bekas rakan sekelas merasmikan Bilik Operasi Pentaksiran



Antara yang hadir


Tarian Zapin selamat datang


Ucapan Y.Bhg Encik Sulaiman bin Salleh, Guru Besar SK Tuanku Mahmod 1, Kluang


Ucapan Y.Bhg Tuan Haji Abd Manaf bin Muslimin, Pegawai Pelajaran Daerah Kluang


Ucapan YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara



Penyampaian Cenderahati kepada Guru Besar sekolah






Antara rakan sekolah YDH Ketua Polis Negara menerima cenderahati






Antara wakil ketua-ketua kelas menerima cenderahati kenangan untuk kelas masing-masing


Cenderahati daripada Guru Besar


Menjejak kembali rakan sekelas yang lain...





Bergambar kenangan..


Sidang akhbar..


Penanaman pokok oleh YDH Ketua Polis Negara


Penanaman pokok oleh YDH Ketua Polis Johor



Jamuan ringan di kantin sekolah

Gambar lawatan PERKEP ke rumah isteri Pegawai Kanan








Gambar walkabout sekitar Kluang Mall







Gambar Majlis Perjumpaan dengan Ketua Jabatan KPD/PRP




Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo, L/Kpl Fansus bin Jangor & Konst Muhammad Iqtar bin Azmi







PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS