Menu

Syabas Dan Tahniah Kepada 256 Warga PDRM Di atas Penganugerahan Pingat oleh Seri Paduka Baginda Yang

Kuala Lumpur, 19 Mei 2011 - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, berkenan mengurniakan pingat kepada 256 pegawai dan anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
 
Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Dan Pingat Keberanian Polis itu diadakan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 204. Istiadat berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur.
 
Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP), dianugerahkan kepada Komisioner Polis Datuk Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Komisioner Polis Dato' Robiah Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM.
 
Seramai 27 pegawai dianugerahkan Darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP). Di antara penerimanya ialah SAC Datuk Mazlan Mansor, SAC Dato' Azman Yusof, SAC Dato' Yong Lei Choo, ACP Adzman Mohd Jan, ACP Lim Leong Hock, ACP Rasdi Ramli, ACP Datin Laila Ali, ACP Mohd Azli Abdullah dan ACP Raja Shahrom Raja Abdullah.
 
Darjah Pahlawan Pasukan Polis (PPP) pula dianugerahkan kepada 60 pegawai, antaranya Supt. Baharom Abu, Supt. Paul Khiu Khon Chiang, DSP Hjh. Noraini Hj. Othman, DSP Muniandy Ramasamy, ASP Che Azmi Bidin, ASP Selamat Sainayune, ASP Turiman Ahmad Tabon, ASP Napri Sahlan dan ASP Shaharuddin Yunus.
 
Manakala 10 pegawai lagi dianugerahkan Darjah Kesatria Pasukan Polis (KPP), antaranya C/Insp. Meerah Batcha, C/Insp.  Wellington Sabang Jail, Insp. Hamsani Abu Hassan dan Insp. Udiasoorian Samireddy.
 
Darjah Bentara Pasukan Polis (BPP), dianugerahkan kepada 157 Anggota Pangkat Rendah. Di antara penerimanya ialah Sub. Insp. Rusnah Md. Isa, Sub. Insp. Jaafar Nordin, Sub. Insp. Bustami Wahab dan Sub. Insp. Mohd Isa Simbok.
 
Seterusnya, SM/D. Liew Pong Lan,  SM Salim Bah Chi, SM Kumar Mohan, Sjn/D. Ahmad Tamizi Mat Lazim, Sjn. Erip Larong, Sjn. Mohd Turi Mohd She, Sjn. Sharudin Mohd Isa dan Sjn Yok Kasan Yok Keh.
 
Diikuti Kpl/D. Sidin Marthotikromo, Kpl. Singaram Karuppiah, L/Kpl. Sorudin Nan, L/Kpl. Hun Ak Siong dan L/Kpl. Ahmad Ab. Ghani.
 
Turut hadir diistiadat yang bersejarah itu ialah, Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara, Datuk Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik dan Dato' Hj. Ghazali Hj. Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM).


Datuk Paduka Maharaja Lela menghadap dan memohon perkenan Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk memulakan Istiadat
Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian
Polis Siri 2/2011, sempena Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun 2011.


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku
Mizan Zainal Abidin, menganugerahkan Darjah Panglima
Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Komisioner Polis
Datuk Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik (JSJN), PDRM.




Komisioner Polis Dato' Robiah Abdul Ghani, Pengarah
Pengurusan PDRM dianugerahkan Darjah Panglima Gagah
Pasukan Polis (PGPP), oleh Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.




ACP Lim Leong Hock, dianugerahkan Darjah Panglima
Setia Pasukan Polis (PSPP), oleh Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong, TuankuMizan Zainal Abidin.



Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku
Mizan Zainal Abidin, menganugerahkan Darjah Panglima
Setia Pasukan Polis (PSPP), kepada ACP Rasdi Ramli.



ASP Che Azmi Bidin dianugerahkan Darjah Pahlawan
Pasukan Polis (PPP), oleh Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.



Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku
Mizan Zainal Abidin, menganugerahkan Pingat Bentara
Pasukan Polis (BPP), kepada Sub.Insp. Bustami Wahab.



Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut menganugerahkan
Pingat Bentara Pasukan Polis (BPP), kepada Sjn/D. Ahmad
Tamizi Mat Lazim.



Pegawai Agama Istana Negara, memimpin bacaan doa, bersyukur kehadrat
Allah S.W.T. di atas perkenanNya, Istiadat Penganugerahan Darjah
Kepahlawanan Pasukan Polis danPingat Keberanian Polis Siri 2/2011,
telah selamat disempurnakan.



Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara, bersalaman
dan mengucapkan tahniah kepada penerima Darjah dan Pingat diIstiadat
yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur.


 
DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM),
turut mengucapkan tahniah kepada paara penerima Darjah dan Pingat
di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur.



Bergambar kenangan, Sjn. Mohd Turi Mohd She dan isteri, bergambar
kenangan dengan Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua
Polis Negara dan Puan Sri Hajah Suriati Hj. Md. Sobri, diakhir Istiadat.


Jurufoto/Wartawan   : SM Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS