Seremban , 2 Julai
2011 - Bertemakan 'Melindungi Masyarakat Dan Negara', TATU PDRM 2011
anjuran bersama kerajaan Negeri Sembilan dilihat merupakan titik
permulaan kepada sinergi berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memberikan khidmat kepada
masyarakat dan negara.
Sejajar
dengan Pelan Transformasi Kerajaan yang diperkenalkan akhir-akhir ini,
kerjasama PDRM dan ATM juga memberikan sisi pandangan yang baik dalam
memperbaharui khidmat dan penugasan mereka dalam melindungi negara
amnya.
Pertunjukan
TATU PDRM diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hari ini turut
disertai oleh ATM dan mendapat reaksi yang memberangsangkan daripada
penonton-penonton yang hadir.
Penonton-penonton
disaksikan dengan persembahan gimik pelancaran, tarian kebudayaan,
pancaragam PDRM dan ATM, kawad tanpa perintah, tempur tanpa senjata,
kawad patung, akrobatik motosikal daripada PDRM dan ATM serta
pertunjukan Paramotor daripada Unit Kamando Vat 69 PDRM.
Pertunjukan
selama 2 jam setengah ini berakhir sekitar jam 12 tengah malam dan
rata-rata penonton begitu terhibur dengan perjalanan pertunjukan pada
malam ini.
Turut
hadir pada malam ini, YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan,
Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin
Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Salleh bin Mat
Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA PDRM, YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu
bin Osman, Tim. Pengarah KDN/KA (Kepolisan / Pencegahan Jenayah) PDRM,
YDH SAC Dato' Osman bin Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan, YDH SAC
Dato' Chuah Ghee Lye, Ketua Polis Melaka, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan
tetamu-tetamu jemputan.










































