Bukit sentosa - 6 julai 2012
"Sebenarnya
semangat berpasukan adalah keupayaan untuk bekerjasama ke arah wawasan
yang sama, ia adalah satu kebolehan untuk menghalakan pencapaian
individu ke arah pencapaian visi dan misi pasukan. Apa yang penting
sekali, ia adalah pemangkin yang membolehkan orang biasa untuk mencapai
keputusan yang luar biasa", ujar YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Haji
Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM.
Beliau turut memetik satu ungkapan menarik yang berbunyi "
secara individu, kita bagai setitik air; bersama-sama, kita bagai lautan yang meluas".
Justeru, beliau mengingatkan semua peserta yang terlibat supaya
sentiasa menanamkan semangat kerjasama berpasukan disamping mempunyai
kemahiran kepimpinan yang tinggi serta berkebolehan berfikir secara
kreatif dan kritis.
Beliau
menyampaikan amanat tersebut semasa merasmikan Majlis Penutupan 'Team
Building' Pegawai Polis Wanita Jabatan Pengurusan, semalam. Kursus yang
diadakan selama empat hari di PULAPOL Bukit Sentosa, Rawang telah
disertai oleh 19 orang pegawai kanan polis wanita yang bertujuan
membentuk keperibadian polis wanita yang progresif, dinamik dan
responsif bagi menggerakkan sistem penyampaian perkhidmatan yang
berpaksikan masyarakat.
Majlis
tersebut turut diselitkan dengan penyampaian sijil penyertaan oleh YDH
DCP Dato Abd. Rahim bin Haji Hanafi kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan kursus yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan
Pembangunan Polis Wanita Jabatan Pengurusan PDRM.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus berlansung.

Ceramah oleh YDH SAC Dato' Dr Hashim bin Haron.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus berlansung.

Peserta kursus bergambar kenangan bersama YDH SAC Dato' Dr Hashim bin Haron.

Ketibaan YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Haji Hanafi.

Ucapan oleh YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Haji Hanafi semasa merasmikan Majlis Penutupan.

Penyampaian Sijil Penyertaan kepada para peserta kursus.

Nyanyian Lagu Negaraku.

Para peserta bergambar kenangan bersama VVIP yang hadir.
Wartawan : Insp Doris Mayau
Jurufoto : Unit Hal Ehwal Awam, Bukit Aman