Oleh: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin
PUTRAJAYA,
7 Ogos - YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana
Menteri Malaysia hari ini melancarkan 1Malaysia Privilege Card yang
telah berlangsung di Dewan Plenary, Putrajaya International Convention
Centre (PICC) sebagai satu usaha kerajaan memperluaskan konsep 1Malaysia
untuk meringankan perbelanjaan rakyat amnya dan para pegawai dan
anggota Polis dan Tentera khasnya yang banyak menabur jasa serta bakti
menjaga keselamatan dan keamanan demi menjamin kesejahteraan hidup
rakyat di Negara ini.
1Malaysia
Privilege Card merupakan inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru
Kebangsaan 6 atau National Blue Ocean Strategy (NBOS 6) yang
memperlihatkan usahasama antara tiga kementerian iaitu Kementerian
Kewangan sebagai peneraju, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian
Pertahanan.
Melalui
program 1Malaysia Privilege Card ini, kira-kira 241,000 orang pegawai
dan anggota Polis dan Tentera yang sedang berkhidmat akan dapat
menikmati diskaun dan potongan harga yang disediakan apabila berbelanja
di syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.
1Malaysia
Privilege Card boleh digunakan dalam perbelanjaan barangan keperluan
harian, alatan sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan, barangan
kesihatan serta beberapa kategori barangan dan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang terlibat.
Ini
sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos perbelanjaan harian dan bulanan
para pegawai dan anggota Polis dan Tentera berkenaan.
Senarai
syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam program 1Malaysia
Privilege Card akan diedarkan bersama kad tersebut dan sebarang tawaran
diskaun terbaru dari semasa ke semasa akan dikemaskini melalui portal
1Malaysia Privilege Card www.1mprivilege.my yang dilancarkan juga pada hari ini.
Maklumat
lanjut mengenai kad berkenaan dan lain-lain maklumat berkaitan boleh
dicapai dengan melayari portal tersebut. Portal ini akan memudahkan para
pengguna merujuk dan mendapatkan maklumat mengenai tawaran-tawaran
berkaitan dan memudahkan syarikat-syarikat yang mewar-warkan barangan
dan perkhidmatan yang diberikan.
Pelangan
program 1Malaysia Privilege Card ini merupakan satu lagi janji yang
ditepati oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Usaha ini
menunjukkan komitmen dan keseriusan kerajaan dalam merealisasikan konsep
1Malaysia di mana kepentingan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan"
Turut
hadir memeriahkan majlis tersebut YB Datuk Seri Hishammuddin bin
Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
bin Hamidi, Menteri Pertahanan, YB Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah,
Menteri Kewangan Kedua, YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji
Omar, Ketua Polis Negara YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar,
Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai
Kanan PDRM serta Pegawai Tinggi ATM dan tetamu-tetamu jemputan.

YDH
Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara
menyambut ketibaan YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia

Gabungan Koir PDRM dan ATM

Antara barisan kehormat

Pengacara majlis ketika menyampaikan kata-kata aluan

YB Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua ketika menyampaikan ucapan

YAB
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia
ketika memberi ucapan serta merasmikan majlis tersebut

YDH
Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan
YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara
sempat berkongsi pendapat

Antara gimik pelancaran

Antara gimik pelancaran

Antara gimik pelancaran

Antara gimik pelancaran

Antara gimik pelancaran

Gimik pelancaran perasmian

Gimik pelancaran perasmian

Barisan kehormat

Sekitar program yang dijalankan

Sekitar program yang dijalankan

Sekitar program yang dijalankan

Sekitar program yang dijalankan

Sekitar program yang dijalankan

Sekitar program yang dijalankan

Sekitar program yang dijalankan

Sekitar program yang dijalankan

Sekitar program yang dijalankan

Sekitar program yang dijalankan

Sekitar program yang dijalankan

Sekitar program yang dijalankan

Sekitar program yang dijalankan

Gabugan Kombo PDRM dan ATM

Antara yang hadir

Antara yang hadir