Cheras - 18 Jun 2012
"Terlebih
dahulu saya ingin memohon maaf kepada semua pegawai kanan yang telah
dinaikkan pangkat kerana hanya sempat untuk menyemat pangkat ASP separuh
daripada bilangan pagi ini ekoran saya tidak boleh tidak untuk hadir ke
satu mesyuarat penting pagi ini", ringkas YDH CP Dato' Wira Salleh bin
Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman
Awam (KDN/KA) dalam Majlis Pemakaian Pangkat ASP Pegawai Kanan Jabatan
KDN/KA di Dewan Perdana, Briged Tengah PGA, Cheras, pagi ini.
"Sungguhpun
dalam masa yang singkat ini, saya tetap hadir untuk melihat anak-anak
buah saya yang telah dinaikkan pangkat. Syabas dan tahniah daripada saya
serta seluruh warga Jabatan KDN/KA kepada semua yang telah dikurniakan
pangkat ASP. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menambahkan lagi
semangat tuan-tuan untuk terus berkhidmat selain bersedia untuk memikul
tugas dan tanggungjawab yang lebih berat sejajar dengan pangkat yang
disandang", tambah beliau lagi.
Keputusan
kenaikan pangkat Inspektor ke pangkat Assisten Superintendent Polis
(ASP) baru-baru ini menyaksikan seramai 69 orang pegawai kanan bagi
Jabatan KDN/KA telah dinaikkan ke pangkat ASP. Daripada jumlah tersebut,
seramai 14 orang pegawai bagi zon utara (Briged Utara), 21 orang
pegawai bagi zon tengah (Briged Tengah) manakala 34 orang pegawai
melibatkan Kontinjen Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Turut
hadir YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah
(Kepolisan/Pencegahan Jenayah) Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Muhammad
Fuad bin Abu Zarim, timbalan Pengarah (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan
Keselamatan LTAB), YDH SAC Dato' Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged
Tengah Pasukan Gerakan AM, selaku tuan rumah Majlis Pemakaian Pangkat
ASP bagi zon tengah, YDH Dato'-Dato' Komander, Pegawai-Pegawai Kanan
Jabatan KDN/KA dan Anggota Polis. 
Dari
kiri.. YDH SAC Dato' Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah
Pasukan Gerakan AM, YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman,
Timbalan Pengarah (Kepolisan/Pencegahan Jenayah) Jabatan KDN/KA, YDH CP
Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam
Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin
Abu Zarim, timbalan Pengarah (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan
Keselamatan LTAB) dan YDH Dato' Abd. Rasid bin Haron, Timbalan Pengarah
Jabatan KDN/KA Pasukan Gerakan Khas. 
Ucapan YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam 
Antara yang hadir 
ASP Aprjanto bin Nek, Cawangan Urus Setia Ibu Pejabat Jabatan KDN/KA bersama Isteri 
ASP Kulwant Singh A/L Ajmer Singh, Unit 2 Pasukan Simpanan Persekutuan Johor Bahru bersama Isteri 
ASP Mejar Singh A/L Mangal Singh, Batalion 19 Pasukan Gerakan Am bersama Isteri 
ASP Badrul Hisham bin Bakri, Batalion 6 Pasukan Gerakan Am bersama Isteri 
ASP Mohd Jahangir bin Ali, Briged Tengah Pasukan Gerakan Am bersama Isteri 
ASP
Mohd Zaiham bin Hamid, Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman bersama Isteri,
ASP Noor Faraena binti Baharum, Pasukan Gerakan Udara, Pangkalan Sungai
Besi, Kuala Lumpur 
ASP Abdul Rahim bin Rahman, Unit Tindak Khas 
ASP Khairul Azhar bin Nurudin, Pasukan Gerakan Khas 
ASP Muhammad Suhaimi bin Abdul Rahman, Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman 
ASP Shaharruddin bin Abdul Talib, Batalion 19 Pasukan Gerakan Am 
ASP Tan Ting Chuan, Batalion 19 Pasukan Gerakan Am 
ASP Rohaizad bin Mohd Nasir, Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Port Klang 
ASP Arivayagan A/L M. Lingam, Cawangan Gerakan, Ibu Pejabat Jabatan KDN/KA 
Bergambar Kenangan bersama Pegawai dinaikkan pangkat ASP Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo |