"... Kita semua maklum bahawa
keindahan alam perlulah diserlahkan dengan kehijauan bumi yang akan
memberi manifestasi kepada ketenangan dan kesuburan alam sekitar. Syabas
dan tahniah saya ucapkan kepada Jabatan Pengurusan yang telah menyahut
seruan saya, supaya semangat gotong-royong, pengindahan dan menghijaukan
persekitaran Bukit Aman ini dibudayakan.." - YDH Ketua Polis Negara
Bukit Aman, 6 Julai -
"Kini kita berkumpul untuk melaksanakan satu lagi aspek ibadah, iaitu
majlis menghijaukan Bukit Aman dan selalunya warga Bukit Aman berkumpul
sempena perhimpunan bulanan, perhimpunan pada petang ini adalah untuk
kita bersama-sama bergotong-royong membersih serta mengindahkan kawasan
Bukit Aman," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis
Negara sempena Majlis Menghijaukan Bukit Aman di ruang Parkir Utama
Bukit Aman, hari ini.
Memetik ucapannya, beliau telah
menekankan aspek pembudayaan yang positif untuk disadurkan dalam urusan
penugasan seharian demi memartabatkan nama pasukan ke tahap yang
tertinggi.
Tambahnya lagi, kualiti sebegini
seharusnya dikekalkan dan PDRM selama ini telah mengimplementasikannya
dalam kebanyakan aktiviti-aktiviti seperti Program Gaya Hidup Sihat,
diikuti dengan Pusat Saringan Kesihatan, program-program mengeratkan
silatulrahim, program-program kebajikan, ilmiah dan rohaniah yang
dijanakan oleh jabatan-jabatan, Persatuan Keluarga Polis dan Baka.
Program
pada hari ini telah menyaksikan warga-warga Bukit Aman melakukan
aktiviti gotong-royong di beberapa lokasi yang telah ditetapkan mengikut
kumpulan yang disediakan.
"Saya suka melihat
gotong-royong daripada aspek riadah malah, manfaatnya jika dianalisa
secara mendalam adalah bersifat 'win-win' dalam erti kata sebenarnya
kerana kelebihannya menyihatkan tubuh badan melalui kerja-kerja
pembersihan yang dilaksanakan, seluruh masyarakat setempat juga
memperoleh manfaat dalam bentuk kebersihan dan keindahan persekitaran,"
Perjalanan
program pada hari ini telah dilancarkan dengan kerjasama Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Institut
Penyelidikan Perhutanan Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
Program
turut diserikan dengan penglibatan Pengarah-pengarah PDRM, Y.Bhg Puan
Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia,
Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang
turut sama-sama menanam benih pokok di persekitaran Bukit Aman.

Ketibaan YDH Ketua Polis Negara.

Pegawai Baris melaporkan jumlah kehadiran kepada Ketua Polis Negara..

Pengerusi majlis dalam program pada hari ini.

Pimpinan-pimpinan tertinggi PDRM yang hadir

Antara yang hadir..

sekitar bacaan doa sebelum program dimulakan..

Lagu Negaraku dinyanyikan...

antara warga Bukit Aman yang terlibat..

antara warga Bukit Aman yang terlibat..

Kumpulan PERKEP Malaysia yang terlibat...

ucapan daripada YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara..

Ketua Polis Negara bersalaman dengan setiap ketua kumpulan..

ketibaan Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati bt. Md Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia...

Aksi YDH Ketua Polis Negara menanam benih pokok dalam program hari ini..

Y.Bhg
Puan Sri Hajah Suriati bt. Md Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia turut
mengambil bahagian menanam benih pokok dalam program pada hari ini...

TANDA... benih pokok yang sudah ditanam..

Meskipun
mempunyai ruang masa yang terhad sebelum mengendalikan Sidang Media
JSJN, YDH CP Datuk Noor Rashid, Pengarah JSJN turut sama-sama
menggembleng tenaga menyahut semangat 'menghijaukan' Bukit Amam pada
hari ini..

YDH
CP Dato` Pahlawan Zulkifli Bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik
turut serta dalam program 'menghijaukan' Bukit Aman...

SELESAI... aksi YDH CP Dato' Wira Syed Ismail b. Syed Azizan, Pengarah JSJK
setelah menanam benih pokok..

YDH DCP Dato' Ghazali bin Md Amin, Setiausaha Polis Diraja Malaysia turut bersama-sama mengambil bahagian menanam benih pokok..

YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan
(Latihan) tidak ketinggalan mengabadikan kenangan menanam benih pokok
dalam program hari ini...
Sekitar gotong-royong berlangsung...

Pegawai Baris lapor selesai tugas kepada YDH Ketua Polis Negara..

SIAP SEDIA... Jabatan Pertahanan Awam.
Jurufoto : L/Kpl Irfan Bujang & L/Kpl Santher
Berita: : L/Kpl Irfan Bujang